Kisah ini 12 tahun yang lalu dan mungkin anakku tak biasa dengar tentang kisah sedih ibunya nie .. Ini hadiah aku kepadanya sempena menyambut ulang tahun ke 11 nya. Bukan utk membuka rahsia lalu tetapi sebagai pegangan buat anakku supaya tidak sesekali dia tergelincir dari landasan hidupnya .Untuk memiliki dirinya adalah sesuatu pengalaman yang begitu sukar untuk aku tempuhi. Dan sesungguhnya NOOR SYAHIERA ADALAH PENGIKAT KASIH SAYANG antara aku dan suamiku.
Semasa di kl , sewaktu berumur 16 tahun .. AKU adalah seorang promoter levi's.. aku telah berkenalan dgn seorang lelaki ..aku mmg x suka ngan jantan nie .. dr paras rupa hinggakan ke perangainya .. uwek! Menyampah gila ..! oklah!. Kita cut shortkan citer nie .. akhirnya lelaki yang aku menyampah nielah yang menjadi laki aku sampai sekarang..
AKU telah berkahwin semasa umurku 18 tahun .. Kami berkahwin di atas dasar cinta .. x siapa yg tau .. kecuali org tertentu je .. sedari kecil hidupku x habis2 diuji , dan semasa aku mengandung anak yang pertama, sekali lg aku telah menerima 1 ujian yg amat hebat.
Abg suamiku tlh dtg utk memujuk suamiku pulang krn ibunya sdg sakit dikampung. walaupunberat utk melepaskan laki aku waktu tu, aku terpaksa redha .Sebelum pulang, dia berpesan agar menjaga kandunganku dgn baik.
Percaya tak klu aku katakan, setiap hari aku hanya makan nasi dan berulamkan kacang panjang .. oops lupa plak + kicap manis. Nak buat mcmn .. laki aku pun dah xder sumber mashuuk sbb dia terpaksa tutup perniagaanya di kl krn kegawatan ekonomi .. tapi bagi aku itu semua adalah masalah kecil sebab aku dah biasa lalui semua tu sewaktu aku kecik lagi. Ape yg menjadi payah bagi aku adalah saat2 terpaksa berjauhan dari laki aku..Sedih aku mengenangkan nasib aku yang terpaksa bersendirian mengharungi hidup bersama baby aku yg masih didlm perut.
Rupa2nya bukan saja sekadar balik Kedah menjaga ibunya ... dia kena kawin pulakk! Sebenarnya dia memang dah bertunang sebelum kami kenal lagi ..cubalah korang bayangkan seandainya benda nie berlaku pada diri korang ? Tp AKU redha dan izinkan laki aku utk berkahwin dgn Taty .. dah la lawa, putih gebu plak tu .. klu dibandingkan dgn AKU .. mmg jauh ketinggalan .. masa hari perkahwinan laki AKU .. AKU sempat bertanyakan warna baju apa yang dia pakai, bila dia nak ehem2! Wlupun pahit! ..! terpaksa kutelan .. AKU masih ingat waktu tu .. MASA tu AKU kerja sambilan di MISC..tlg mak aku meniaga di kantin. Dapat jugak duit nak belanja & beli ubat utk bayi dalam perut.
Ape yang buat aku rasa bersyukur, AKU seperti x mengandung je .. x alah , x mengidam, x sakit langsung .. itulah kuasa tuhan .. masa tu aku langsung x boleh berhubungan dgn laki aku wlupun utk telefon kerana kami takut rahsia pecah..waktu tu bila dengar je lagu Broery Marantika ..mulalah aku menangis .. nasib baikla sebelum balik ke sp laki aku sempat beli apartment kat siri murni selayang.. MASA tu AKU sentiasa berserah pada Takdir .. mana xnya! buatnya bank rampas balik rumah tu .. mana aku nak duduk? duit makan pun hanya mengharapkan belas ihsan kwn2.
Aku cuba positifkan otak aku nie bila ade suara2 sumbang cuba nak masuk jarum .. tapi walaupun macamtu kadang2 terdetik juga iman aku nie. argh.. biarlah! Sesekali terubat jgk rindu di hati bila laki aku curi2 mai jumpa aku. Apa yang buat aku respect sangat kat diri aku sendiri ialah bila laki aku jejak je kaki nya ke dalam rumah kami, aku akan layan dia bagaikan raja. Aku layan seolah2 seperti tiada apa pun yang berlaku .. x pernah sekalipun aku bertanyakan tentang maduku Taty ...
Kisah kami banyak di linangi dgn airmata je .. pernah sekali laki aku tepon samaade aku dah makan ke belum .. Aku tipu laki aku,aku cakap aku dah makan padahal aku sebenarnya memang tengah lapar giler, aku memang xde duit pasal aku terpaksa simpan duit beli vitamin utk bayi dlm perut aku . Doktor kata ia penting tumbesaran baby.. x lama lepas letak tepon, laki AKU tepon lagi .. dia tanya lagi samaada betul ke aku dah makan, AKU memang dah x boleh tahan airmata AKU nie.. apalagi mulalah babak keluar airmata Fuh ..! Macam filem Hindustan la plak ..
bersambung......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan