Nuffnang

Ahad, 12 Disember 2010

Sambungan Selamat Hari Lahir Anakku Noorsyahiera Untuk Yang Ke 11

Sekarang aku sudah pun bergelar ibu..kehadiran ya dlm hidup aku mengubah segalanya.'Ya'satu panggilan manja Syahiera.Ya sememangnya baby yang pandai kerana memahami kesusahan yg aku tanggung jadi ya seakan seperti kanak2 yg dewasa. Sesungguhnya Tuhan itu telah memberi jalan yg mudah dalam memelihara seorang baby..YA x pernah menyusahkan aku langsung.ya x nangis,x meragam dan x pernah buat aku rasa spt mak pun.Bayangkan klu selalunya budak kecik mesti akan kedengaran hilai tangis tapi tidak pada ya..dan selalunya jgk apabila baby lapaq,pasti akan menangis tp tidak pada ya.Mudah sungguh jd mak klu mcm nie.mungkin tuhan membantu aku mengurangkan masalah hidupku.

Oleh kerana ya yg boleh membawa diri, jd kini aku hanya perlu menjaga diri aku di dalam waktu tempoh pantang 44 hari. tp aku seolah mcm x pantang pun, yelaa mnlaa aku pernah belajaq smua tu. Orang lain klu berpantang pasti di temani atau di jaga oleh mak atau pun mak mertua sendiri. Ttp aku x merasalah semua tu..malang sungguh nasib aku kan? saat diriku mengandung dulu pun seorang, pantang pun sorang diri jgk. Nasib baik ya begitu memahami maknyer yg duk tgh serabut ni. Dia x reti untuk menangis jauh sekali nak meragam! Kelahiran ya mengubah sikit sebanyak hidup aku yg kesunyian. Dan semenjak ya lahir lakiku sering datang ke kl. Mungkin kerana x sampai hati melihat ya yg hidup membesar tanpa perhatian abah .

Sementara aku, masih lagi seperti biasa. Seboleh2nya aku ingin menyisihkan diri jauh dr pandangan mata semua yg melihat.. Bayangkan aku yang tiada pengetahuan langsung terpaksa menguruskan diri aku sendiri dalam waktu berpantang. Takdak saper yang tau keperitan aku di dalam meneruskan hidup berdua bersama ya.Aku pelik terhadap diriku sendiri krn selalunya setiap wanita pasti akan beriya2 perasaannya dan akan menghabiskan masa dgn main bersama baby ttp aku x...bila sudah aku menyiapkan diri ya & menyusukan dia,aku akan membiarkan dia di hadapan radio. Mainla ya seorang diri.Mungkin kah disebabkan hidup aku yg xpernah dibelai menjadikan aku kekok utk melakukanynya pd ya?. Atau kerana sifat aku yg kurang suka dgn budak2?Kesian ya.Bukannya aku x sayang tp mungkin keaadaan aku yang dirundung kesengsaraan hidup menjadikan hati aku keras sekental batu.

Namun pada suatu hari aku di datangi kawan agy yg membawa seorang perempuan .Aku diberitahu Agy kawannya akan datang bersama isterinya yg berasal dr Indonesia,dan mau menyewa bilik di rumahku. Dan dengan menyewakan bilik pd kawannya ,dapat jugak aku duit untuk buat beli susu dan pampers anak aku. Sekarang aku sudah ada talian telefon yang di pasang dirumahku.Agy cadangkan supaya dpt menghubunginya seandainya ada apa-apa yg berlaku semasa ketiadaan dia.Tp aku x pernah untuk menghubungi nya.Bkn apa, takut keluarga agy dpt menghidu perhubungan kami plak.Hidup aku xla boring sgt bila ya ader.Ditambah pulak dengan kawan baru aku yang menyewa bilik dirumahku,yusi namanyer.

Aku berasa pelik semenjak ya lahir Agy kerap datang ke kl.Dan dia akan datang tanpa bgtau aku dulu,tau2 muncul depan pintu..Dia pernah berkata dan kadang-kala pengakuannya itu membuat hati aku tersinggung ttp itulah kenyataan yang harus kuterima.Dia datang kerana terlalu pikirkan anaknya berbanding aku.Tp aku positifkan diri menganggap Agy x risau akan diri aku krn mgkin aku bisa menjaga diriku berbanding ya.Dek krn terlalu sayangkan ya,Percaya atau tidak bila waktu agy mau pulang kekedah, bila sesampai dirawang jer, laki aku sanggup berpatah balik ke rumah aku krn x sanggup meninggalkan ya.Begitulah penangan kasih sayang seorang abah terhadap anak. Terpaksa berpisah & menyembunyikan status abah drpd keluarga.Menerima suatu anugerah yang berharga namun tidak dapat utk di umum akan statusnya hanya kerna kesilapan menyembunyikan dan takut mengakui hakikat sebuah kebenaran demi menjaga hati ibu(arwah tokmah)

Apa yang lebih merungsingkan apabila aku selalu menerima panggilan dr seorang wanita yang bertanyakan soalan mengenai laki aku.Dan seperti biasa aku akan menyangkal pertanyaannya kerana aku tau itu mungkin taty.Pernah sekali aku menyamar menjadi seorang 'playgirl' yg pura2 KELIRU ngan orang bernama Nazri."i x ingatlah nazri yg mn satu..i nie byk boyfrenz"ayat aku waktu tu..hehehe.

Sewaktu ya mencecah beberapa bulan , aku telah menerima panggilan yang taty telah mendapat ketumbuhan didalam ususnya. Perkara ini dpt dikesan setelah taty mengandung. Dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhannya itu.Walaupun taty ialah maduku, namun aku tetap mendoakan keselamatan nya memandangkan dia juga mengandung.Mengandungkan zuriat lakiku.Selepas taty berjaya menjalani operation nye..agy terus telefon aku menyampaikan berita gembira..namun pd besoknya ,aku telah dikhabari dengan satu kejutan dimana kandungan taty terpaksa digugurkan. Kandungan baby telah dijangkiti virus. Dan menurut kata lakiku baby yg hanya sebesar gengaman semasa dia dikebumikan.Korang nak tau jantina arwah anak tiri aku x?Girl jugak.Klu x sekarang mungkin aku dah ader 4 orang anakkan?Apa boleh buat,tuhan lebih menyayanginya

Berbalik pada kisah hidup aku semula...
Dalam meniti perjalanan hidup aku..banyak benda yang terpaksa aku terima ..walaupun pahit untuk ditelan tp itulah hakikatnya. Namun seluas mana sekali pun penerimaan aku,kadang-kadang ader jugak hasutan syaitan yang berjaya menggoyah kepercayaan aku terhadap ketulusan hati Agy..

Yelaa..dalam keadaan serabut.aku tertanya betulkah tindakan aku selama ni..berbaloika pengorbanan aku hanya kerana terlalu percayakan kata2 seorang lelaki .Terpaksa berkahwin kerana x mau menderhaka kepada ibu.argh..laki2!! klu mau aper saje sanggup buat.Alasan je.Terkadang aku separuh giler jadinya.Menahan kesakitan yang x dpt aku luahkan.Lagipun saper aku klu nak di bandingkan dengan taty,mcm langit & bumi.Iyelaa!Hidup plak serba kekurangan...kurang dengan kasih sayang,kurang duit,kurang segala-galanya.
Sedih aku tu x tau nak untuk aku gambarkan...Hidup yg terpaksa menumpang kasih orang.Dan kini.. hidup yg terpaksa berkongsi kisah hidup dgn Taty plak.

Bersambung...

Sabtu, 11 Disember 2010

Sori Lambat Bebenor Updatenyer YOUPpp!!


ASKUM kekawan..ape citer youpp!!lama nya aku menyepi,ingatkan dah mampuih td??idok,teman umuq panjang lg..
Sebenaqnya aku nie mmgla pemaleh sejak dr azali lg,x caya boleh tanya mak aku Che Ah mintak akuan bukti kemalasan aku.Dek krn ngikot zaman canggih manggih nie tulaa yg aku bkk blog nie..tambah plak keja yg x habih manjang mkompomkan aku utk x update apa2 citer.tp arinie aku cuba btekad utk blajaq mdisplinkan diri (sesuatu yg mmg aku fail)dan berjanji akn mgupdate blog aku hari kecuali emegency.
Klu korang nak share ttg life aku sejak 2 menjak nie bleh gak kita menceritakan keadaan aku la ni..

Diri aku,jiwa aku,ketawa aku,ayaq mata aku,
Hanya aku yg bisa mengerti isi dlmnya,
Kerana aku akn ttp mjd diri aku,
Mengalah pada keadaan,mengalah pada cubaan yg menyesakkan napas aku...
Walau aku bisa ketawa,bisa jgk aku buat mereka ketawa,
Namun kpd yg perasan ttg kesusahan yg aku tanggung,
Perubahan itu bisa dirasa,dilihat,disangsi,
Berkurung dan cuba menjauhkan diri dr smua,
Ya!Benar!Aku asyik duduk diblikku,
Kurang senda gurauku thdp puteri2 ku,
Maap sayang....Sesungguhnya mama & abah sygkan kamu b3,
Cuma hakikat sebenar dpt mjwp apa yg sdg bgolak!!
Sesuatu yg kuanggap lebih berat andai nak kubandingkan
dgn mslh silam yg bjaya aku redahi pd satu ketika dulu..jd BIAQLA RAHSIA...

Isnin, 19 Julai 2010

i lUv u aBaH..HaPi bEsDaY Yg kE 79 aBaH!!



abAH..BAPAK..PAPA..Mcm2 gelaran yg di panggil utk seorg yg bgelar bapak..Aku jgk ada bapak tp...x mcm org lain yg cukup kasih syg dr seorg bapak..Oleh kerana aku dtg dr keluarga yg pecah belah jd..aku mmg dahagakan kasih syg dr seorg bapak..
Tp ingin aku bgtau kpd semua yg SESUNGGUHNYA TUHAN ITU MAHA KAYA kerna dia tlh memenuhi impian aku agar suatu hari nanti aku akan dpat dipeluk,dicium dan disayangi seperti insan lain..yg mempunyai bapak..
HJ OTHMAN ataupun TOKMAN ialah bapak mertua aku..tp aku dah anggap dia seperti bapak aku sendiri..Dia mmg sporting dan menyayangi aku dan anak2 aku..aku dah tinggal sebumbung dgnnya hampir 12 tahun...sebagai seorang anak aku dikategorikan seorg anak yg kuat melawan..jd bila kami bertengkar bgaikan nak btumbuk..tp aku mmg dah paham perangai dia..kdg2 baru lepas gaduh..x sampai setengah jam dia dah panggil aku teman dia pi shopping..pelik x??
Pada 17/o7/2o1o yg lalu.abah membuat sedikit bacaan doa selamat sempena menyambut harijdnya yg ke79. Seronoknya sbb pd hari tue suku drpd family aku dtg..Aku sempat belikan abah hadiah..tp murah je..YG penting adalah keikhlasan dlm kasih syg yg aku berikan..untuk abahku "SELAMAT HARIJADI yg KE 79 ABAH" Semoga panjang umuq abah..

Jumaat, 9 Julai 2010

seHARI suNtUk pI CaRi kAiN uNtUk RaYa nANtI

Hari nie mmg letih sgt..Bukan pasai keja,tp sibuk ngan kain nak buat baju raya.Sesungguhnya ANAK SULONG aku nie dah besaq pun,huh! cerewetnya pilih kain mengalahkan aku..color terang sgtla,bunga besaq sgt..pening aku dibuatnya.Nak buat fesyen baju tue nanti pun mcm org tua2..
Sebenaqnya aku x beli pun kain utk aku pasai biras aku dah tlg beli baru2 nie di INDONESIA,so aku pi ALAMODA je thun nie cari kain untuk 3 puteri aku tu..Tema tahun nie color purple..
La nie baru sampai balik je,nak mandi dan terus tidoq..so good nite..

Sabtu, 3 Julai 2010

bErcUtI Ke pEnAnG


besT... HaRi jumaat yg lalu aku bwk ke3 3 anak aku bercuti ke penang..kami bermlm di Tg,Bungah Resort.Bukan apa.. saja releasekan tension! Tp 1 hari saje pi..Kami siap bawak durian.Ingatkan nak mkn tepi pantai..huh!Masa dlm keta diaorg dah sapu habis. mmg hantu DURIAN.


sEkaRANG NIE byk luangkan masa ngan anak2..kami pi makan sama2..pi tgk wayang sama..mandi kolam kat umah sama2..rasa mcm kamilah keluarga yg paling bahagia..

Ahad, 27 Jun 2010

seronOkNyA Jd mAk


ARINIE aku baru bangun tidoq ja..pasai letih sgt.Arinie tadi 1 hari pi sekolah anak amik keputusan report card anak,jumpa cikgu kelas diaorg.KLU kira2 seronok jd mak kan?mana xnya..La nie umuq aku dah 30..anak perempuan aku dah 11 tahun,kan dah besaq tue..SYAHIERA!! sebejik perangai aku..tuela kami xleh dekat!!Asyik nak gadoh je klu btentang muka..tapi xpa,dia tetap jadi kesayangan bapak dia so klu kurang mesra ngan aku pun xpa..bukan x sayang tp mungkin kerana celoteh dia tue kadang2 semua yg dah aku buat dulu so x banyak benda yg excited untuk aku bualkan dgn dia..Tapi syahiera punya naluri yg sama.ada perasaan belas kasihan dan beralah..cuma manja ckit..erieka plak interligent girl..cuma moody.dia yng paling manja ngan aku.si nomey plak lawak giler mcm bapak dia..tp dah jd anak maktok gemok dia..heheh!! SO 3 anak 3 citerkan?Itu yg membuat aku rasa seronok jd mama diaorg..LuV U AlL!!

Sabtu, 26 Jun 2010

SamBuNgAn seLaMaT HaRi lAhIr aNaKkU sYaHiErA UtK Yg kE 11

Berbagai masalah sering hadir dalam hidup aku. Semasa kandungan aku mencecah 6 bulan,air & api dirumahku kena potong. Aku x dapat nak jelaskan hutang yang dah tertunggak sekian lama..Lagipun dah banyak sgt. Tp syukurlah aku masih ada kawan yang dapat menumpangkankan aku..Jadi,duduklah aku menumpang TIARA di Cheras.

Apa yg boleh aku katakan yang nyawaku ibarat telur di ujung tanduk..Mana xnya setiap hari terpaksa tengok 'perang dunia ke 3. Kadang2 terpaksa join sekali. Begitulah kehidupan tiara & din. Selalu sangat bergaduh..Pernah sekali aku cuba untuk meleraikan perbalahan mereka. Nyaris2 perut aku x pecah dek kerusi yang ingin din hayun pada tiara. Kononnya aku nie nak jadi herolah..

Aku berdoa setiap hari agar laki aku dapat ikhtiarkan untuk bayaq bil letrik rumah selayang.Pada aku biaqpila idup susah ,tp sekurang2nya dirumah sendiri dan x perlu terjebak dgn masalah rumahtangga orang lain. Macam orang gila aku..manakan memikiaqkan masalah hidup aku & masalah2 yg terlalu sukar untuk di hadapi oleh mana2 insan ..huhuhu.Ya allah! berilah aku sedikit ketabahan di dalam diri ini agar dapat aku tempuhi hidup aku yang gelap ini..sebenarnya banyak lagi citer yg aku terpaksa shortcut kan. Letih nak taip!Bila kandungan aku 8 bln, barulah laki aku dapat duit utk jelaskan hutang letrik tue.

Terkadang aku merasakan yg selama ini hidup aku ini banyak bergantung kpd nasib.sampaikan pd 1 hari..dimana satu tarikh yg x mungkin aku lupa. 31 mei 1999..Pada hari tue laki aku telah datang dgn sejambak bunga. Dgn gaya rambut baru dia"AMANI"cute sgt laki aku masa tu dgn baju hijau dia. Betapa aku amat rindukan pd sebuah pertemuan yg sememangnya aku nanti2kan selama ini.Sedih + gembira hati aku pd masa tue..walaupun laki aku susah waktu tue tp dia masih x lupa besday aku iaitu 19 mei..cuma lewat sikit. Dan disebelah tgnnya ada 1 beg lg,dia sempat lg beli 1 selimut & 1 bantal baby.sampai sekarang aku masih simpan selimut tu..

Tujuan utama laki aku dtg ke kl pd hari tue adalah utk memberitahu yg dia x dpt temani aku time aku nak beranak nanti..doktor kata..due date aku adalah pada 12 jun 1999.Nak tau apa alasan yg dia bagi..Dia nak pi HONEYMOON bersama Taty di Beijing. Dia pesan "klu u rasa sakit je,pelan2 jalan terus je turun lif,pas tu tahan teksi mintak hantar pi hospital di gombak. Aku dgn senang menjawab"u jgn risau!! pandaila i jaga diri.." Aku x tau kenapalah aku begitu lurus bendul pada masa tu..x tau nak marah ataupun buat sesuatu yg dpt menghalang dia pergi..tapi mungkin aku nie mcm heroin yg selalu kita tgk dlm tv tue kot..semedang je baik!!hehehe..
so,sblum dia nak tinggalkan aku...laki aku ajak aku untk buat medical checkup buat kali yg terakhir sementara dia masih ada..jadi pegilah aku bersama laki aku..korang nak tau ape yg terjadi???

Dengan kuasa tuhan yg maha esa...Doktor tlh mngesahkan aku supaya masuk wad serta merta...ini disebabkan pintu rahim aku yg dah bukak 3.5 cm... bayangkan aku xrasakan apa pun masa tue....siap bleh lari2 lg tp doktor kata aku nk beranak dah..hahaha !!

Aku masuk wad pada pukul 7:30pm ...aku ditemani laki aku masa nak beranak...yang lawaknya doktor halau laki aku keluaq! bukan apa laki aku nie fobia tengok darah...jadi dia macam nak pengsan so,sebelum dia pengsan baik dia keluaq tapi aku bangkang,aku memang nak dia temani aku dan bersama2 merasai susah payah seorang ibu di saat melahirkan so,tepat pukul 10:51 aku selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.7kg...putih betul anak aku tue... semalaman kami di asingkan ,entah napa,x taula aku!! Selalunya orang yg baru melahirkan mesti akan pengsan selepas baby diaorang keluaq tapi aku tak... Aku x boleh tidoq malam tue...aku memang rindu nak tengok anak aku...jd duduklah aku di klinik pakar sakit puan Aman Sidhu selama 3 hari...

nAh!! Betul x kata aku yg TUHAN tu MAHA KAYA!! Drpd laki aku nak dtg tgk je & bgtau pasal pemergian dia untuk honeymoon dan yang sepatutnya aku kena menjalani saat kelahiran baby kami berseorangan pd hari tue..tp pd hari itu jgklah itu aku tlh beranakkan NOORSYAHIERA..

Laki aku hanya sempat menemani aku & ajaqkan aku mcmn nak jaga baby..mandikan baby...bedungkan baby... tp hanya 3 hari sj! aku mmg x tau semua tue sbb selama ini aku dtg dr keluarga yg bmasalah..mak bapak aku bercerai masa umuq aku 10 thn..aku membesaq dgn cara aku yg sendiri..aku berdikari utk teruskan hidup sehinggalah aku kenal laki aku..so bukan salah aku klu aku x tau semua tue..huhuhu..sedih nya aku..

bErSaMbUnG....














teH!! ANaK MeNaKaN AkU


Nursuhaila Eliani..atau teh!! Anak saudara aku nie cute2 orangnya..mana taknya, dengan putih gebu kulit dia..kecik molek tubuhnya..

Dulu. aku ingat lambat lagilah nak makan nasi minyak..Yelaa..nak tunggu teh, mungkin anak aku yang akan kawin dulu.Teh orangnya happy go lucky! Boypren pun takdak..Kemana2 dgn budak2 NATASYA je..tapi yang paling dia rapat ialah dengan syikin & diana..Tapi Tup..tup!! aku dengaq dah nak bertunang dah..Dah le tue dengan artis lagi..JIMMY SHANLEY!! "Boleh percaya ke jimmy nie..??" aa..Inilah pertanyaan yg selalu aku dengaq & kadang2 persoalan yg akan timbul di naluri aku.Biasalah.. kebanyakan manusia yang ingin bergelar artis nie dah tentunya mempunyai naluri yang inginkan keGLAMOURan, inginkan keSENANGANan..betui tak??kalau bukan itu apa lagi??Takan saja2 kot?? atau kerana minat kot?!! Biasalah ..bila tersebaqnya gosip2 liaq nie, aku pun kadang2 join sekaki..Tapi apapun hakikatnya..JODOH & PERTEMUAN di tangan TUHAN!! Manusia boleh mengandaikan seribu kemungkinan, beribu kesangsian..semacam aku dulu semasa mula hadir dalam keluarga TOKMAN!! Tapi lama kelamaan tetap akan diterima elok jugak..GOSIP!! Dimana2 pun akan ada gosip selagi ada insan yg bernama WANITA !! Takdak manusia yang perfek sifatnya..Dan aku harap kasih jimmy pada teh adalah ikhlas seikhlas kasih laila majnun..Janganlah ada niat lain selain CINTA SEJATI!! Kalau ikut dengan paras rupanya..dia adalah seorang laki2 yang baik cuma kaku..hahaha!! x pandai buat lawak macam laki aku..itu kalau tafsiran muka dialah..kalau itu hanyalah topeng semata2..x taulah aku..Harap2 takla..

Tapi bila aku pi majlis pertunangan dia aku dah rasa macam dia kawin plak..GLAMOUR habis anak DATO' SUHAIMY nie.. Anak DATO' la katakan..Sikit sebanyak kami ni pun turut GLAMOUR!! Bila orang tanya terus habaq..kadang2 takdan tanya pun dah habaq..Yelaa,bila lagi nak jd glamor. Anyway tahniah untuk teh dan selamat menanti debaran bulan OKTOBER.

Khamis, 24 Jun 2010

mELEpAs LAgI


Sebagai tanda kasih sayang aku pada anak aku syahiera & erieka pasal dapat no cemerlang dalam peperiksaan,aku bwk 3 org anak aku untuk tengok wayang semalam.. tapi movie tue pukul 9.45. So x boleh la nak tengok pasal hari nie sekolah kan..so aku janji hari niela..sebab besok diaorang x sekolah..Kami pun siap2la td.Pukul 8 mlm kami keluaq rumah..u know apa yg dah jadi..Hari nie mana panggung wayang bukak ..kan nie negeri Kedah..ish!ish! Mulalah mencebek si kakak. Apa boleh buat..melepasla lagi.. Tp xpa besok masih ada sayang..

Isnin, 14 Jun 2010

Bertindak Untuk Mencapai Sasaran Anda "LANGKAH 7 BISNES 2010"

“ kejayaan hanya datang pada mereka yang menunggu,kejayaan akan berlalu pada mereka yang tidak menghiraukannya”

- Abraham Lincoln

Bertindak untuk mencapai sasaran anda

Perkara yang paling sukar dan paling penting adalah untuk meletakkan tindakan bagi mencapai sasaran.ramai orang tidak Berjaya untuk mencapai sasaran kerana salah meletakan tindakan.sebaik sahaja anda meletakan sasaran anda hanya perlu menumpukan perhatian pada sasaran anda supaya tidak gagal untuk mencapainya.

Ini bererti bahawa, jika anda ingin memulakan sebuah kedai secara online, ini adalah satu idea yang baik. untuk menyelesaikan projek muat turun. Keperluan untuk pengubah suaian sebuah laman web, untuk membangunkan lebih banyak produk, mendapatkan bekalan penghantaran dan pemprosesan pembayaran secara kredit.jika anda memilih untuk menjalankan perniagaan secara website maka tugas keseluruhan menjadi lebih mudah.

Saya suka menyebut tentang ‘peraturan lima’ jika anda menggunakan peraturan lima segala urusan akan menjadi mudah.hal- hal yang besar akan menjadi seperti kecil untuk di uruskan.

Contohnya Tahun ini, ERIESYA telah mencuba membuat penyelidikan ke atas beberapa jenis daun herba untuk menghasilkan produk baru, Waktu untuk melakukan semua pengujian, semua proses diperlukan dan risiko yang perlu diterima jika pengujian gagal. Meskipun mudah untuk mendapatkan overwhlemed, ia memerlukan 'peraturan lima' untuk menyelesaikannya . Setiap hari, saya uji daun-daun herba tersebut untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk pengguna, dan membuat pilihan.Dan saya sudah melakukan ini selama lebih dari sebulan.Dengan pencapaian itu saya teruskan lagi usaha saya dengan menghasilkan produk baru iaitu skrub gula,sabun muka dari buah-buahan. Dan telah Berjaya mencapai sasaran yang saya letakan untuk saya capai.

PR untuk hari ini anda perlu meletakan satu tujuan anda (hanya satu!) Dan dipecahkan menjadi lima langkah pertama yang perlu anda capai. Lalu, lakukan yang pertama hari ini. Kedua Sabtu. Langkah ketiga Rabu sampai anda telah menyelesaikan semua lima langkah hari Jumaat. Mata bonus jika anda melakukan ini untuk lima tujuan anda sehingga anda membuat lima langkah-langkah kecil pada semua produk anda, setiap hari. Tapi, mencuba idea ini hanya pada satu tujuan untuk minggu ini mungkin lebih daripada cukup untuk anda sehingga anda mula merasa berada di tempat yang selesa.

esok segmen akan bercakap tentang mekanisma sokongan tambahan untuk memastikan anda boleh mencapai tujuan anda.

Sabtu, 12 Jun 2010

fAmIlYKu

Selamat pagi semua..arinie sungguh seronok..mn xnya dato',bangchik,pakne,abg jep,nizam dan anak cucu tokman breakfast bersama..bukan senang nak duduk bersama mcm nie..alangkah bahgia klu selalu mcm nie..la nie kami pakat2 nakkuaq pi jalan..pi PAVILION kot..nak shopping sikit..DOAkan semoga keluarga nie bahgia selalu..bye

RiUh ReNdAh dI hARI PErTuNaNgAn TEH & JIMmY SHANLEY

FUh!! Betapa meriahnya suasana hari nie..di masa nie kami sekeluarga masih x tidoq lagi..mcmn nak tidoq,sesekali berkumpul ..pasti byk benda nak di sembangkan..la ni aku tgh lepak umah biras aku..nicky..bini o.m merangkap kwn baik aku semasa bujang dulu..
Memang dah letih giler,tengah hari tadi ade bacaan tahlil di rumah abg ipaq aku..dato'suhaimy..kenduri naik rumah baru..tp aku memang boleh bagi 5 bintang kat rumah dia..1 time aku dpt tgk rumah secantik tu..bacaan doa disudahi dengan disusuli hujan..hujan rahmat!!
Bila sebelah malam ade kenduri lagi kat rumah abang ipaq aku tu..Nak tau kenduri ape??Apelagi,kenduri yg sungguh meriah!!Anak menakan aku..teh bertunang dengan artis!!Jimmy Shanley.Glamor tu!! Oleh kerana abang ipaq aku pengasas kpd produk kosmetik terkenal jadi ramai lah pengasas produk2 yg turut memeriahkan majlis. Yg aku nampak pengasas de'wajah,nv,le'rose..ish banyak sungguhla..
Nie aku nak berikan nasihat kat TEh,anak menakan aku..bila dah bertunang nie akan adalah dugaan2 dialam pertunangan..yang kadangkala menggugat keimanan..jadi maulah hang bersabaq byk2 k!!
Ok tahniah ye teh..x sabaq nak tunggu mkn nasi minyak..Dan kepada anak cucu tokman..pi lah tidoq...dah lewat dah nie..yang bertunang tu Teh & jimmy..awat hampa yang karan!!hehehe.

Selasa, 1 Jun 2010

sElAmAt hArI LaHiR aNaKkU sYaHiEra UtK yG kE 11

Kisah ini 12 tahun yang lalu dan mungkin anakku tak biasa dengar tentang kisah sedih ibunya nie .. Ini hadiah aku kepadanya sempena menyambut ulang tahun ke 11 nya. Bukan utk membuka rahsia lalu tetapi sebagai pegangan buat anakku supaya tidak sesekali dia tergelincir dari landasan hidupnya .Untuk memiliki dirinya adalah sesuatu pengalaman yang begitu sukar untuk aku tempuhi. Dan sesungguhnya NOOR SYAHIERA ADALAH PENGIKAT KASIH SAYANG antara aku dan suamiku.

Semasa di kl , sewaktu berumur 16 tahun .. AKU adalah seorang promoter levi's.. aku telah berkenalan dgn seorang lelaki ..aku mmg x suka ngan jantan nie .. dr paras rupa hinggakan ke perangainya .. uwek! Menyampah gila ..! oklah!. Kita cut shortkan citer nie .. akhirnya lelaki yang aku menyampah nielah yang menjadi laki aku sampai sekarang..

AKU telah berkahwin semasa umurku 18 tahun .. Kami berkahwin di atas dasar cinta .. x siapa yg tau .. kecuali org tertentu je .. sedari kecil hidupku x habis2 diuji , dan semasa aku mengandung anak yang pertama, sekali lg aku telah menerima 1 ujian yg amat hebat.

Abg suamiku tlh dtg utk memujuk suamiku pulang krn ibunya sdg sakit dikampung. walaupunberat utk melepaskan laki aku waktu tu, aku terpaksa redha .Sebelum pulang, dia berpesan agar menjaga kandunganku dgn baik.

Percaya tak klu aku katakan, setiap hari aku hanya makan nasi dan berulamkan kacang panjang .. oops lupa plak + kicap manis. Nak buat mcmn .. laki aku pun dah xder sumber mashuuk sbb dia terpaksa tutup perniagaanya di kl krn kegawatan ekonomi .. tapi bagi aku itu semua adalah masalah kecil sebab aku dah biasa lalui semua tu sewaktu aku kecik lagi. Ape yg menjadi payah bagi aku adalah saat2 terpaksa berjauhan dari laki aku..Sedih aku mengenangkan nasib aku yang terpaksa bersendirian mengharungi hidup bersama baby aku yg masih didlm perut.

Rupa2nya bukan saja sekadar balik Kedah menjaga ibunya ... dia kena kawin pulakk! Sebenarnya dia memang dah bertunang sebelum kami kenal lagi ..cubalah korang bayangkan seandainya benda nie berlaku pada diri korang ? Tp AKU redha dan izinkan laki aku utk berkahwin dgn Taty .. dah la lawa, putih gebu plak tu .. klu dibandingkan dgn AKU .. mmg jauh ketinggalan .. masa hari perkahwinan laki AKU .. AKU sempat bertanyakan warna baju apa yang dia pakai, bila dia nak ehem2! Wlupun pahit! ..! terpaksa kutelan .. AKU masih ingat waktu tu .. MASA tu AKU kerja sambilan di MISC..tlg mak aku meniaga di kantin. Dapat jugak duit nak belanja & beli ubat utk bayi dalam perut.

Ape yang buat aku rasa bersyukur, AKU seperti x mengandung je .. x alah , x mengidam, x sakit langsung .. itulah kuasa tuhan .. masa tu aku langsung x boleh berhubungan dgn laki aku wlupun utk telefon kerana kami takut rahsia pecah..waktu tu bila dengar je lagu Broery Marantika ..mulalah aku menangis .. nasib baikla sebelum balik ke sp laki aku sempat beli apartment kat siri murni selayang.. MASA tu AKU sentiasa berserah pada Takdir .. mana xnya! buatnya bank rampas balik rumah tu .. mana aku nak duduk? duit makan pun hanya mengharapkan belas ihsan kwn2.

Aku cuba positifkan otak aku nie bila ade suara2 sumbang cuba nak masuk jarum .. tapi walaupun macamtu kadang2 terdetik juga iman aku nie. argh.. biarlah! Sesekali terubat jgk rindu di hati bila laki aku curi2 mai jumpa aku. Apa yang buat aku respect sangat kat diri aku sendiri ialah bila laki aku jejak je kaki nya ke dalam rumah kami, aku akan layan dia bagaikan raja. Aku layan seolah2 seperti tiada apa pun yang berlaku .. x pernah sekalipun aku bertanyakan tentang maduku Taty ...

Kisah kami banyak di linangi dgn airmata je .. pernah sekali laki aku tepon samaade aku dah makan ke belum .. Aku tipu laki aku,aku cakap aku dah makan padahal aku sebenarnya memang tengah lapar giler, aku memang xde duit pasal aku terpaksa simpan duit beli vitamin utk bayi dlm perut aku . Doktor kata ia penting tumbesaran baby.. x lama lepas letak tepon, laki AKU tepon lagi .. dia tanya lagi samaada betul ke aku dah makan, AKU memang dah x boleh tahan airmata AKU nie.. apalagi mulalah babak keluar airmata Fuh ..! Macam filem Hindustan la plak ..

bersambung......

Sabtu, 15 Mei 2010

hATI aKu sEmAnGaT AkU!!

Hari nie aku mmg x mau citer pasai kejer..aku nak hilangkan tension aku yg selama nie aku sorok..ati aku sebenarnya dah parah dgn tekanan drpd staf aku...buat baik salah!buat salah lg la salah!!tp aku jgk manusia...bgtau aku saper manusia yg perfect sifatnye!!
nanti sambung..nak pi pantai merdeka plak,anak meragam panggil aku pi sana tgok dia...
hah!jgn tkejut aku smbung coretan aku balik..
Walaupun mcmn sebaknya rasa ati ini,hanyalah aku sj yg tau..termsuklah si dia insan yg kusayang'suamiku'Entah...mgkin dah sifat semulajadiku bila ingin mengeluarkan airmata ini,aku akn pastikan tiada siapapun perasan,aku tak mau membuat hati sesiapapun tersentuh..biarlah penderitaan aku,kutanggung sendiri..diri ini dah cukup kuat utk melawan segala kepayahan hidup..hanya hati aku yang dpt memujuk semangat aku..semangat utk terus menerima ketentuan illahi..
Kadang2 pernah juga aku merasa yang diri ini terlalu istimewa..sepanjang perjalanan hidup aku,tak putus2 aku dibelenggu oleh masalah.Wlaupun pd zahirnya aku mampu tertawa,namun tersirat seribu keperitan untuk batinku menanggung.Kerna itulah aku selalu memperingatkan hati ini supaya kuat menahan segala dugaan agar tidak sesekali menjdkan semangatku pudar..
Hari ini sekali lg aku diduga...namun sebagaimn yg pernah aku katakan'Hati aku adalah semangat AkU!!

Jumaat, 30 April 2010

Formula Skrub Gula Kopi


Bahan:
1 / 4 cupminyak almond manis
1 sudu teh vanila
8 titis minyak esensial peppermint
1 cawan gula
1 / 2 cawan Biji kopi

Beli Bahan! prosuder Blend: Mengkombinasikan minyak almond, ekstrak dan minyak atsiri dalam cawan penyukat. kacau sehingga rata. Campur dengan gula dan serbuk kopi segar. Tuang campuran minyak ke dalam campuran gula dan kacau rata untuk menggabungkan sepenuhnya.Untuk menggunakan, berdiri di bilik mandi dan gosok ke seluruh tubuh, wajah dan hindari bahagian kulit yg halus atau sensitif. cara anda Mula dengan kaki dahulu. Berhati-hatilah untuk tidak tergelincir di kamar mandi - minyak almond akan mjadikan kawasan yang licin sedikit.Setelah scrubbing kulit anda, gunakan sabun untuk mandi.Selamat mencuba!!

Rabu, 31 Mac 2010

Menetapkan Arah & Tujuan “LANGKAH 6 BISNES 2010”



Andalah yang menentukan masa depan perniagaan anda dengan menetapkan sasaran yang bakal diperoleh. Setiap November, saya melakukan hal ini dengan mengambil beberapa waktu untuk berfikir tentang apa yang ingin dicapai di tahun berikutnya. Secara umum, saya mendapati bahawa November adalah masa yang indah untuk melakukan hal ini kerana pada masa inilah hati saya berada didalam keadaan yang agak tenang. Satu waktu yang baik dimana pada masa inilah saya mempunyai banyak masa dengan keluarga. Jadi, saya akan duduk berfikir dan memutuskan apa yang ingin saya capai secara keseluruhan untuk tahun yang akan datang. Kemudian, saya mematahkan tujuan tersebut ke dalam skala yang lebih kecil, lebih mudah dikendalikan bagi target syarikat untuk bulanan, mingguan, dan harian. Jika anda belum pernah meletakan sasaran ataupun target untuk pencapaian syarikat anda sebelum ini, anda akan terkejut melihat betapa ini adalah mudah dan menyenangkan hidup anda. Saya berharap anda juga seperti saya. Jika anda belum merancang matlamat anda untuk tahun ini,gunakan kesempatan ini sebaik-baiknya bagi mempelajari lebih lanjut tentang arah tuju untuk tahun 2010.
Merancang bagi menetapkan sasaran utama syarikat adalah penting bagi Anda.anda juga harus memutuskan dimanakah impian anda selama ini dan kem,anakah arah yang patut ditujui. Adakah anda ingin melipatgandakan penjualan anda? Adakah anda ingin menambah pelanggan baru di tahun depan? Adakah anda ingin membuka kedai online? Ternyata banyak sekali tujuan untuk dipilihkan?Jadi,apakah yang harus dilakukan?
Pertama, buatlah keputusan yang terbaik bagi diri anda dan juga syarikat. Untuk melihat hasil yang nyata, kadang-kadang anda perlu untuk menetapkan semangat sedikit lebih tinggi.
Setelah anda memberikan jawapan, Tanyakan diri anda: mengapa anda memilih jawapan yang demikian?jawab dengan sejujur-jujurnya.

Sebagai contoh, anda mengimpikan untuk membuka beberapa lagi cawangan yang menjual produk kecantikan ,Dan dari masa ke semasa, akan timbul pula rasa ingin menjadi pengeluar sabun memandangkan minat yang mendalam terhadap produk kecantikan. usaha anda tidak akan sia-sia seandainya anda mempunyai keinginan. Jadi tidak mustahil satu hari nanti anda pasti menjadi pengeluar sabun yang terkemuka. Ingat! untuk mencipta sebuah kekuatan yang terus mendorong anda ke depan bukanlah sesuatu yang mudah.


Sekali anda telah mengenalpasti apa yang ingin anda capai, dan mengapa anda ingin mencapai ia, anda perlu mengenalpasti bagaimana Anda akan mencapai matlamat anda, atau alat apa yang akan anda perlukan. Jika, contohnya, anda memutuskan bahawa anda ingin membuka sebuah kedai online, apa yang di perlukan oleh anda untuk melakukan hal ini? Nah, anda harus memiliki sebuah website. Dan, anda akan memerlukan produk pilihan untuk ditawarkan. Anda juga harus membuat penghantaran bekalan, anda juga harus memberi kemudahan penggunaan kad kredit. Dan, bergantung pada seberapa baik penjualan anda lakukan, anda mungkin perlu seseorang untuk menangani semua arahan baru.
Dengan bekerja melalui tiga langkah pertama ini, anda harus mulai dengan melihat rencana anda:
Jika anda berkata,
"Saya ingin membuka kedai online" ( macamana?)
Kemudian anda berkata,
"Untuk ganda jualan saya" ( bagaimana?)
Kemudian sempurnakan persoalan tadi dengan lebih lanjut,
"Aku perlukan website, pilihan produk, penghantaran bekalan, mesin memproses kad kredit, dan pekerja baru" (kenapa?mengapa?bagaimana?)
... Anda mula melihat langkah-langkah seterusnya untuk bertindak!
Kita akan berbicara lebih banyak tentang "tindakan" konsep dalam bahagian seterusnya.
Untuk malam ini, pekerjaan rumah anda sederhana: Jika anda sudah melakukan tujuan anda untuk tahun sudah, memperbaiki mereka. Muncul dengan pertanyaan "mengapa" atau hook emosional belakang tujuan anda. Jika anda belum melakukannya tujuan anda untuk tahun sudah, baca posting dan mula bekerja pada 5 gol untuk tahun. Tuliskan 3 diukur, waktu, berorientasi pada tujuan khusus untuk perniagaan anda dan 2 untuk kehidupan peribadi anda.

Khamis, 25 Februari 2010

Visi anda, ilham kepada orang lain'LANGKAH 5 BISNES 2010'

Menentukan nilai-nilai anda secara semulajadi akan membawa anda ke sebuah visi untuk syarikat anda. Visi boleh menjadi apa yang anda impikan untuk perniagaan yang bermanfaat, baik sekarang maupun di masa depan. Sebagai contoh, anda boleh menentukan visi syarikat anda sebagai berikut:

"Perniagaan saya bertujuan untuk menjadi pembuat sabun terkemuka yang menjamin 100% kepuasan pelanggan dengan tetap menjaga standard tertinggi, perlindungan alam sekitar dalam pembuatan produk-produk kami."

Visi yang anda buat pada akhirnya akan bergantung pada nilai-nilai yang anda pilih. Jadi, rehatkan minda anda dengan keseronokan membayangkan kejayaan yang anda miliki pada masa hadapan.

Memiliki visi untuk syarikat tidak hanya sebagai motivasi dan inspirasi bagi anda, tetapi memberi manfaat kepada orang lain juga. Jika anda mempunyai kakitangan (atau membantu keluarga dan rakan-rakan atau sebagai sukarelawan untuk menyumbangkan tenaga ), sebuah visi yang difahamkan boleh membantu menjaga tenaga, antusiasme dan kualiti. Demikian juga, dengan pelanggan dan pembekal, pernyataan visi boleh memujuk dan meningkatkan reputasi syarikat. Dengan berkongsi visi anda dengan mereka, anda juga dapat membantu mereka untuk merasa seperti sebahagian daripada syarikat anda juga.

Jadi, sementara rancangan perniagaan anda adalah tujuan asas anda, nilai-nilai dan visi ini dapat ditambah itu di ibarat seperti campuran khusus warna dan pewangi yang saya tambahkan kedalam sabun untuk memberikan ciri unik sesebuah sabun.Visi juga dapat membantu anda untuk melalui keputusan mahupun masalah yang sukar di dalam membina sebuah perniagaan. Secara rumusnya mereka ini adalah ilham anda bagi membuat keputusan, atau sesuatu yang bernilai, sesuatu yang paling penting bagi anda! Setelah anda mendapatkan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan,kini sudah waktunya untuk anda meneruskan kerja anda dengan berlandaskan visi yang di cipta bagi memudahkan anda untuk terus Berjaya didalam perniagaan yang anda ceburi. SELAMAT MENCUBA!!

Ahad, 24 Januari 2010

Terapkan Nilai Teras & Wawasan Bisnes Anda "LANGKAH 4 2010"


Setiap perniagaan yang dijalankan adalah semata-mata kerana 'wang', dan juga perkara-perkara lain. Perniagaan juga mestilah diterap dengan nilai-nilai teras dan wawasan anda bagi menjayakan serta mewujudkan semangat bekerja di dalam syarikat anda.Kedua-duanya haruslah seiring dengan usaha gigih anda tidak kira hari ini maupun di masa akan datang. Menerapkan nilai teras dan wawasan bukanlah untuk keseronokan tetapi ianya amatlah penting bagi menentukan sebuah kejayaan.

Untuk enam tahun pertama di ERIESYA, misi kami (atau wawasan) ialah menjadi yang terbaik dengan berusaha untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa ingin menjadikan mereka kelihatan cantik & sempurna. Untuk menjadikan semua itu nyata, kami telah berjuang untuk mencapai wawasan yang di cipta oleh saya sendiri selaku pengasas kecantikan. Wawasan itu sentiasa di galas oleh semua kakitangan ERIESYA .Nilai-nilai teras ERIESYA adalah seperti berikut:

(1.) Menjadi inspirasi kepada semua usahawan wanita yang lain.

(2.) Menjadi tulang belakang syarikat dengan menyalurkan produk yang berkualiti.

(3.) Bagi menunjukkan LOVE untuk pelanggan-pelanggan maupun pekerja.

L.O.V.E. stands for: changing Lives (the L),creating Opportunities(the O), delivering high Value (the V), and encouraging creative Expression through the five senses (the E).

(4.) Menjadi sebuah syarikat yang bertanggungjawab.

(5.) Meraih keuntungan berpada-pada dengan produk yang dihasilkan (murah tapi berkesan)

Nilai-nilai ini adalah penting kerana untuk mencapai wawasan kami, tanda ini menjadi tanda aras ataupun amaran kepada kami bagi kami mengukur akan setiap tindak-tanduk kami. Setiap keputusan yang kami buat haruslah berlandaskan nilai-nilai yang diterapkan.

Sebagai contoh, apabila kami sedang berfikir sama ada ya atau tidak untuk mengeluarkan satu-satu produk baru. Kami perlu bertanya kepada diri kami, “Adakah garis ini bertemu piawaian yang digariskan dalam nilai-nilai kami?” Jika keputusan sebulat suara memberi jawapan “tidak”. Dan di sebabkan oleh nilai-nilai yang kami teraskan,jadi kami memutuskan supaya tidak menjalankan projek yang kami cadangkan. Keputusan juga di buat berdasarkan perbincangan sesama team kami. Setiap keputusan haruslah dihormati memandangkan itu adalah yang terbaik bagi kami untuk mengekalkan kewujudan kami di persada dunia kecantikan. Kerap kali, saya akan melihat mengapa ia adalah penting bagi kami. Membangunkan sebuah perniagaan hingga kepuncak jaya dengan berlandaskan satu prinsip teras.Sebuah pengajaran yang wajib kami perbaiki setelah melalui pengalaman kejatuhan yang dulunya langsung tidak pernah ingat untuk menerapkan nilai teras maupun wawasan ERIESYA.Syukurlah kami masih boleh bertahan dan memperbaiki kesilapan lalu.

Memilih nilai-nilai untuk syarikat anda sendiri adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk dikenangkan kembali dimana saat mula-mula untuk menciptakannya. Bermula dengan bertanya diri sendiri, “Apakah, adakah, dimanakah & siapkah ERIESYA dimata anda. Banyak kemungkinan yang boleh dibuat antara sebab & munasabab ERIESYA masih mampu bertahan hingga ke hari ini ialah:

-Mungkin saya boleh bertahan hingga ke hari ini kerana telah memberi 150% kepuasan kepada pelanggan.

-Mungkin saya boleh bertahan hingga ke hari ini kerana telah menghasilkan produk yang berkesan

-Mungkin saya boleh bertahan hingga ke hari kerana telah mendapat sokongan dari anda & usahawan wanita yang lain.

Kenapa saya berani berkata yang semua ini merupakan satu keseronokan dan menjadi ianya menjadi sebahagian daripada perniagaan anda ialah anda akan dapat merasai setiap proses yang dirancang berjalan lancar mengikut apa yang di inginkan dan segala itu mampu membuat anda bertahan hingga ke hari ini!Ianya juga dapat menjadikan anda lebih kreatif sebagaimana yang anda mahu! Akhirnya, anda memilih 4-5 nilai yang paling penting untuk anda , dan kemudian menggabungkan mereka kepada amalan-amalan perniagaan anda. Nilai-nilai teras berkembang boleh membimbing anda untuk membuat banyak keputusan-keputusan perniagaan yang bernas di masa akan datang. Satu cara bagi anda untuk memastikan yang kewujudan syarikat anda ini sesuatu yang harus di banggakan.

Kerja rumah anda hari ini adalah untuk mengemukakan satu senarai matlamat anda untuk memulakan perjalanan anda ke satu penyata visi yang bersesuaian dengan perniagaan anda (Mengapa anda di sini? Apakah yang ingin anda lakukan itu lain daripada yang lain? Apakah sambutan kepada produk anda?.Mampukah produk anda bersaing di pasaran dan diterima pelanggan dan untuk diglobalkan?). Saya mahu anda juga memerah otak untuk satu senarai penyata nilai-nilai potensi.Nyatakan lima matlamat anda dan buat satu rumusan dengan menggabungkan ia menjadi satu ayat yang relevan Kemudian pilih tiga top tree daripada 5 matlamat tadi dan cuba menghasilkan cogankata untuk syarikat anda. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada anda untuk belajar berfikir dan berani untuk mengemukakannya.Selamat mencuba!!

Ahad, 17 Januari 2010

MENILAI SWOT BISNES ANDA "LANGKAH 3 2010"


Sebelumnya,kita melihat beberapa bahagian didalam merangka rancangan perniagaan (meneliti pasaran dan menentukan siapa pelanggan anda). Ada lagi 'Elemen' lain yang tidak kurang pentingnya. Anda juga mestilah merancang bisnes anda dengan menilai dari sudut Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman
Proses ini disebut SWOT strength,WEAKness,oPPurtunity ,thrEAT Dan itu tidaklah semudah yang disebut.
Tahun lepas, saya bersama team ERIESYA telah cuba melakarkan satu bulatan pada grafik yang sangat besar untuk menentukan ERIESYA dari penilaian baik, buruk, jika dibandingkan dengan pengusaha yang lain.Dan apa yang telah saya dapati,pada saat itu kelemahan utama yang kami hadapi adalah arus wang tunai kami. Kami telah membuat pelaburan yang cukup besar (membeli dan membuka kilang kami Sungai Petani pada bulan yang sama whoops!)Itu bererti kami tidak mempunyai wang tunai untuk menanggung perbelanjaan bulanan. Jika anda pernah mendengar ungkapan 'WANG adalah RAJA "maka anda akan tahu bahawa WANG adalah segala-galanya dan WANG jugalah yang akan dapat membuat kita keluar daripada masalah. Selama dua tahun, kami tidak dapat mengembangkan rangkaian produk baru kami yang penting kerana kami tidak mempunyai kewangan untuk melakukannya. Ini bererti kami harus berusaha untuk tetap bertahan di antara sesama pembekal. Pengalaman itu adalah yang paling menyakitkan, tapi syukurlah, layanan darisegi perkhidmatan pelanggan dan pelanggan setia kami terus menyokong kami, meskipun kami tidak lagi mempunyai nama. Melakukan SWOT membantu kami untuk mengenalpasti masalah dan kepada anda yang masih belum terlambat. Berikut adalah cara yang mungkin anda lakukan SWOT untuk anda sendiri:
KEKUATAN anda boleh menjadi ukuran. Kerana anda kecil, anda mungkin akan lebih lincah dan lebih fleksibel daripada beberapa pesaing. Atau, anda mungkin kekuatan yang akan membuat anda lebih dekat kepada pengedar maupun pemborong yang bererti anda boleh berkomunikasi dengan cepat ketika mereka memerlukan sesuatu.
KELEMAHAN anda pula ialah anda hanya memiliki sedikit waktu yang tersedia. Atau mungkin tidak ada waktu sama sekali!Jadi apa strategi seterusnya untuk membuat perniagaan anda berjaya?
PELUANG anda boleh menjadikan putri anda sebagai model kecantikan atau meletakkan sasaran jualan produk anda kepada remaja yang baru habis pembelajaran dan baru didalam pekerjaan.Mereka ini harus tampil dengan identiti yang kemas ,cantik dan bergaya.
ANCAMAN,pengusaha kosmetik yang telah mengeluarkan produk skrub garam anda dengan harga yang lebih murah walaupun isi kandungannya lebih sedikit daripada ERIESYA tetapi pankaging nya telah menarik perhatian pelanggan.
Melakukan SWOT seperti ini adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan ancaman di sekitar anda.Ini akan membantu anda untuk melihat masalah sedari awal. Ketika anda tahu anda didalam bahaya, anda boleh menggunakan kekuatan dan peluang untuk membantu mengurangkan masalah. Contohnya, jika ada pesaing yang mengeluarkan sabun atau skrub yang lebih menarik, kreatif dan berwarna-warni.Anda seharusnya mesti lebih dari itu. Promosikan kepada pengedar & pemborong. Mendekatkan diri anda dengan kedai kecil boleh meraih keuntungan dengan membolehkan anda untuk lebih mudah berkomunikasi dengan kedai. Juga, ketika itu anda dapat belajar & memenuhi keperluan pelanggan. Anda mungkin boleh bergerak dengan lebih cepat lagi untuk mengakomodasi mereka daripada syarikat yang lebih besar. Dapatkan team yang bagus bagi melancarkan SWOT anda.Selamat mencuba!!

Khamis, 14 Januari 2010

KAJI SELOK BELOK BISNES ANDA ‘Langkah 2 2010’



Secara amnya untuk memulakan sebuah perniagaan , kita lazimnya akan terikat dengan kertas kerja dimana kita akan membentangkan satu plan ,strategi,analisis dan pelbagai laporan yang harus di buat untuk diperbentangkan .Adakah ini tidak nampak rumit bagi anda? Bagaimana kalau anda tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi untuk menyediakan semua itu .Di sini saya sedia berkongsi PENGALAMAN & PENGETAHUAN saya sebagai pengeluar ERIESYA SPA HOLDING SDN BHD & PENGILANG AGY Biotech SDN BHD
Untuk memperluaskan perniagaan Anda, anda haruslah meluangkan sedikit waktu bagi meneliti dan menjelajahi industri kosmetik. Kita dapat melakukan hal ini melalui majalah bahkan dengan melakukan sedikit online research. Tempat yang baik untuk memulai adalah di http://home.spaeriesya.com diruangan forum atau beberapa Yahoo Groups untuk kosmetik. Anda dapat juga meluaskan pengetahuan Anda mengenai kesihatan serta asam garam didalam industri kecantikan pada umumnya. Didalam menceburi bidang industri ini akan memberikan wawasan yang baik pada zaman yang serba canggih ini. Dan memiliki pengetahuan seperti ini tentu akan membantu Anda membuat keputusan bisnes yang lebih baik secara keseluruhan. Jika Anda sudah berada di dunia kosmetik sebentar tadi, Anda mungkin telah mengatur langkah tanpa menyedari bahawa anda telahpun mengumpul maklumat dan selok belok bisnes dan ini adalah penting untuk setiap ranca
Bahagian seterusnya menyentuh “who is your customer”. Siapa pelanggan Anda?Dan kepada siapa harus anda pilih bagi target bisnes anda ? Jika, sekarang anda menjual kepada orang-orang di pasar tani atau pasar malam, tanyakan pada diri anda sendiri: "Siapa yang menghadiri pasar dan pekan ini?" Anda seharusnya membuat kajiselidik tentang SELOKBELOK jual beli barangan anda. Contohnya yang datang itu adalah dari golongan mana... Apakah mereka perempuan? Adakah mereka seorang ibu? ? Setelah pertanyaan-pertanyaan ini, mulakan langkah pertama iaitu membeli jiwa pelanggan contohnya membuat penawaran produk yang menarik bagi jenis spesifik pelanggan.
Anda juga perlu tahu siapakah pesaing hebat anda. Anda harus peka tentang apa sebenarnya yang mereka tawarkan. Memahami pesaing Anda dengan sendirinya membentuk diri kepada satu nilai yang unik. Ini adalah penawaran unik yang boleh anda lakukan iaitu memberi satu perbandingan seperti menawarkan sesuatu yang tidak dapat ditawar oleh mereka. Jadi,dari sini pelanggan anda akan bertambah.
Di pusat membelibelah pula, terdapat ramai pelanggan yang ingin membeli sabun. Jika mereka memilih sabun anda di antara sabun yang lain,anda harus kaji apakah yang membuat mereka memilih?Dari sini kita dapat menilai kualiti barangan kita sendiri.Kita harus belajar mencari punca kepada setiap baik & buruk produk yang dikeluarkan. Apakah variasi? Apakah harga? Fikirkan tentang keunggulan produk anda dan juga tawaran yang dibuat.
Sebuah kata peringatan: Anda harus mejadi seorang yang kejam dengan mengusir mereka keluar dari marketplace. Ini adalah salah satu cara berbisnes tapi saya tidak fikir itu adalah sesuatu yang sihat di dalam dunia perniagaan. Saya lebih suka memikirkan orang lain juga dapat bersama-sama melebarkan sayap untuk mewarnai dunia kosmetik. Dua istilah yang sama tetapi mencerminkan perasaan atau identiti kita yang sebenar.Ini tidak bererti saya tidak ambil pusing tentang kedatangan mereka. Saya sedar kedatangan mereka ini juga boleh menggugat kedudukan saya sebagai pengeluar kosmetik. Jadi saya haruslah memberi yang terbaik di antara yang terbaik.Saya sebagai pengeluar kosmetik haruslah bersikap agresif supaya daya usaha saya selama ini akan berbayar akhirnya. Saya harus melakukannya dalam semangat berusaha untuk memperbaiki perusahaan kami dan mudah-mudahan, seluruh industri.
Di ERIESYA SPA, Kita mengamalkan nilai-nilai murni dengan harapan ada hati yang tersentuh dengan keikhlasan kami dan sudi menjadi pelanggan dengan membeli produk keluaran kami.Dengan harapan ada di antara pengusaha kosmetik diluar sana mempunyai niat seperti kami.Kemudian, beberapa rekan lain vendor mulai melakukan hal itu. Jadi, bahwa proposisi nilai unik mulai menjadi lebih dari tablestake. Jadi, kami berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan produk dengan memenuhi setiap permintaan pelanggan. Ada sesuatu yang saya inginkan iaitu untuk menjadi lebih baik daripada pesaing yang ada.Kami bekerja keras untuk memahami keinginan anda dengan pelbagai cara berbicara seperti melalui http://sasahaerieka.blogspot.com, forum di http://home.spaeriesya.com , Twitter, Facebook, Dan dengan memberikan ceramah di daerah dan pertemuan nasional. Kami percaya bahawa dengan melakukan hal ini, kita memberikan keunggulan atas diri kita sendiri sesama pelayan.

Isnin, 4 Januari 2010

My handycraft soap



maybe you're guys out there dont know me. you can call call me sasha. sorry coz my english not so good but i try my very best to write on this blog. i feel so happy coz findly i can share my story with you all.
i am a founder of cosmetics products..i hope you can view my website at http://spaeriesya.com .last time i was contract manufacturing but now i mannage to open small factory with 25 staf.so now i must work harder to expand i my bisness.i headin forward to market my handycraft soap.you want to see my soap? i will attach my photo soap in this blog.i hope you're guy have a look on it. you can give your comment or give me some idea.

Sabtu, 2 Januari 2010

Penemuan formula skrub gula eriesya!!


Percayakan anda gula juga boleh dijadikan skrub?
Eriesya pada mulanya adalah sebuah syarikat kecil dengan menjadi pengeluar produk pengeluar kecantikan.Namun nama Eriesya mula menjadi sebutan ramai dimana spa mandian garam keluaran saya benar-benar memukau pelanggan diluar sana.Dan sehingga kini skrub garam saya masih seperti pisang goreng panas...
Jadi untuk mengembangkan sayap perniagaan skrub saya,sy terfikirkan satu lagi bahan yang mungkin menarik minat pengguna skrub terutamanya kepada wanita yang menginginkan kulit yang cantik bersinar.penyelidikan pun bermula.dari hari kehari sy menghabiskan waktu untuk menghasilkan skrub dari gula.
akhirnya sy berjaya membuatnya..ternyata gula itu lebih bagus dari garam namun membuat skrub gula adalah jauh lebih susah dari membuat skrub garam..jadi nantikan keluaran skrub gula eriesya tidak lama lagi