Nuffnang

Ahad, 27 Jun 2010

seronOkNyA Jd mAk


ARINIE aku baru bangun tidoq ja..pasai letih sgt.Arinie tadi 1 hari pi sekolah anak amik keputusan report card anak,jumpa cikgu kelas diaorg.KLU kira2 seronok jd mak kan?mana xnya..La nie umuq aku dah 30..anak perempuan aku dah 11 tahun,kan dah besaq tue..SYAHIERA!! sebejik perangai aku..tuela kami xleh dekat!!Asyik nak gadoh je klu btentang muka..tapi xpa,dia tetap jadi kesayangan bapak dia so klu kurang mesra ngan aku pun xpa..bukan x sayang tp mungkin kerana celoteh dia tue kadang2 semua yg dah aku buat dulu so x banyak benda yg excited untuk aku bualkan dgn dia..Tapi syahiera punya naluri yg sama.ada perasaan belas kasihan dan beralah..cuma manja ckit..erieka plak interligent girl..cuma moody.dia yng paling manja ngan aku.si nomey plak lawak giler mcm bapak dia..tp dah jd anak maktok gemok dia..heheh!! SO 3 anak 3 citerkan?Itu yg membuat aku rasa seronok jd mama diaorg..LuV U AlL!!

Sabtu, 26 Jun 2010

SamBuNgAn seLaMaT HaRi lAhIr aNaKkU sYaHiErA UtK Yg kE 11

Berbagai masalah sering hadir dalam hidup aku. Semasa kandungan aku mencecah 6 bulan,air & api dirumahku kena potong. Aku x dapat nak jelaskan hutang yang dah tertunggak sekian lama..Lagipun dah banyak sgt. Tp syukurlah aku masih ada kawan yang dapat menumpangkankan aku..Jadi,duduklah aku menumpang TIARA di Cheras.

Apa yg boleh aku katakan yang nyawaku ibarat telur di ujung tanduk..Mana xnya setiap hari terpaksa tengok 'perang dunia ke 3. Kadang2 terpaksa join sekali. Begitulah kehidupan tiara & din. Selalu sangat bergaduh..Pernah sekali aku cuba untuk meleraikan perbalahan mereka. Nyaris2 perut aku x pecah dek kerusi yang ingin din hayun pada tiara. Kononnya aku nie nak jadi herolah..

Aku berdoa setiap hari agar laki aku dapat ikhtiarkan untuk bayaq bil letrik rumah selayang.Pada aku biaqpila idup susah ,tp sekurang2nya dirumah sendiri dan x perlu terjebak dgn masalah rumahtangga orang lain. Macam orang gila aku..manakan memikiaqkan masalah hidup aku & masalah2 yg terlalu sukar untuk di hadapi oleh mana2 insan ..huhuhu.Ya allah! berilah aku sedikit ketabahan di dalam diri ini agar dapat aku tempuhi hidup aku yang gelap ini..sebenarnya banyak lagi citer yg aku terpaksa shortcut kan. Letih nak taip!Bila kandungan aku 8 bln, barulah laki aku dapat duit utk jelaskan hutang letrik tue.

Terkadang aku merasakan yg selama ini hidup aku ini banyak bergantung kpd nasib.sampaikan pd 1 hari..dimana satu tarikh yg x mungkin aku lupa. 31 mei 1999..Pada hari tue laki aku telah datang dgn sejambak bunga. Dgn gaya rambut baru dia"AMANI"cute sgt laki aku masa tu dgn baju hijau dia. Betapa aku amat rindukan pd sebuah pertemuan yg sememangnya aku nanti2kan selama ini.Sedih + gembira hati aku pd masa tue..walaupun laki aku susah waktu tue tp dia masih x lupa besday aku iaitu 19 mei..cuma lewat sikit. Dan disebelah tgnnya ada 1 beg lg,dia sempat lg beli 1 selimut & 1 bantal baby.sampai sekarang aku masih simpan selimut tu..

Tujuan utama laki aku dtg ke kl pd hari tue adalah utk memberitahu yg dia x dpt temani aku time aku nak beranak nanti..doktor kata..due date aku adalah pada 12 jun 1999.Nak tau apa alasan yg dia bagi..Dia nak pi HONEYMOON bersama Taty di Beijing. Dia pesan "klu u rasa sakit je,pelan2 jalan terus je turun lif,pas tu tahan teksi mintak hantar pi hospital di gombak. Aku dgn senang menjawab"u jgn risau!! pandaila i jaga diri.." Aku x tau kenapalah aku begitu lurus bendul pada masa tu..x tau nak marah ataupun buat sesuatu yg dpt menghalang dia pergi..tapi mungkin aku nie mcm heroin yg selalu kita tgk dlm tv tue kot..semedang je baik!!hehehe..
so,sblum dia nak tinggalkan aku...laki aku ajak aku untk buat medical checkup buat kali yg terakhir sementara dia masih ada..jadi pegilah aku bersama laki aku..korang nak tau ape yg terjadi???

Dengan kuasa tuhan yg maha esa...Doktor tlh mngesahkan aku supaya masuk wad serta merta...ini disebabkan pintu rahim aku yg dah bukak 3.5 cm... bayangkan aku xrasakan apa pun masa tue....siap bleh lari2 lg tp doktor kata aku nk beranak dah..hahaha !!

Aku masuk wad pada pukul 7:30pm ...aku ditemani laki aku masa nak beranak...yang lawaknya doktor halau laki aku keluaq! bukan apa laki aku nie fobia tengok darah...jadi dia macam nak pengsan so,sebelum dia pengsan baik dia keluaq tapi aku bangkang,aku memang nak dia temani aku dan bersama2 merasai susah payah seorang ibu di saat melahirkan so,tepat pukul 10:51 aku selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.7kg...putih betul anak aku tue... semalaman kami di asingkan ,entah napa,x taula aku!! Selalunya orang yg baru melahirkan mesti akan pengsan selepas baby diaorang keluaq tapi aku tak... Aku x boleh tidoq malam tue...aku memang rindu nak tengok anak aku...jd duduklah aku di klinik pakar sakit puan Aman Sidhu selama 3 hari...

nAh!! Betul x kata aku yg TUHAN tu MAHA KAYA!! Drpd laki aku nak dtg tgk je & bgtau pasal pemergian dia untuk honeymoon dan yang sepatutnya aku kena menjalani saat kelahiran baby kami berseorangan pd hari tue..tp pd hari itu jgklah itu aku tlh beranakkan NOORSYAHIERA..

Laki aku hanya sempat menemani aku & ajaqkan aku mcmn nak jaga baby..mandikan baby...bedungkan baby... tp hanya 3 hari sj! aku mmg x tau semua tue sbb selama ini aku dtg dr keluarga yg bmasalah..mak bapak aku bercerai masa umuq aku 10 thn..aku membesaq dgn cara aku yg sendiri..aku berdikari utk teruskan hidup sehinggalah aku kenal laki aku..so bukan salah aku klu aku x tau semua tue..huhuhu..sedih nya aku..

bErSaMbUnG....














teH!! ANaK MeNaKaN AkU


Nursuhaila Eliani..atau teh!! Anak saudara aku nie cute2 orangnya..mana taknya, dengan putih gebu kulit dia..kecik molek tubuhnya..

Dulu. aku ingat lambat lagilah nak makan nasi minyak..Yelaa..nak tunggu teh, mungkin anak aku yang akan kawin dulu.Teh orangnya happy go lucky! Boypren pun takdak..Kemana2 dgn budak2 NATASYA je..tapi yang paling dia rapat ialah dengan syikin & diana..Tapi Tup..tup!! aku dengaq dah nak bertunang dah..Dah le tue dengan artis lagi..JIMMY SHANLEY!! "Boleh percaya ke jimmy nie..??" aa..Inilah pertanyaan yg selalu aku dengaq & kadang2 persoalan yg akan timbul di naluri aku.Biasalah.. kebanyakan manusia yang ingin bergelar artis nie dah tentunya mempunyai naluri yang inginkan keGLAMOURan, inginkan keSENANGANan..betui tak??kalau bukan itu apa lagi??Takan saja2 kot?? atau kerana minat kot?!! Biasalah ..bila tersebaqnya gosip2 liaq nie, aku pun kadang2 join sekaki..Tapi apapun hakikatnya..JODOH & PERTEMUAN di tangan TUHAN!! Manusia boleh mengandaikan seribu kemungkinan, beribu kesangsian..semacam aku dulu semasa mula hadir dalam keluarga TOKMAN!! Tapi lama kelamaan tetap akan diterima elok jugak..GOSIP!! Dimana2 pun akan ada gosip selagi ada insan yg bernama WANITA !! Takdak manusia yang perfek sifatnya..Dan aku harap kasih jimmy pada teh adalah ikhlas seikhlas kasih laila majnun..Janganlah ada niat lain selain CINTA SEJATI!! Kalau ikut dengan paras rupanya..dia adalah seorang laki2 yang baik cuma kaku..hahaha!! x pandai buat lawak macam laki aku..itu kalau tafsiran muka dialah..kalau itu hanyalah topeng semata2..x taulah aku..Harap2 takla..

Tapi bila aku pi majlis pertunangan dia aku dah rasa macam dia kawin plak..GLAMOUR habis anak DATO' SUHAIMY nie.. Anak DATO' la katakan..Sikit sebanyak kami ni pun turut GLAMOUR!! Bila orang tanya terus habaq..kadang2 takdan tanya pun dah habaq..Yelaa,bila lagi nak jd glamor. Anyway tahniah untuk teh dan selamat menanti debaran bulan OKTOBER.

Khamis, 24 Jun 2010

mELEpAs LAgI


Sebagai tanda kasih sayang aku pada anak aku syahiera & erieka pasal dapat no cemerlang dalam peperiksaan,aku bwk 3 org anak aku untuk tengok wayang semalam.. tapi movie tue pukul 9.45. So x boleh la nak tengok pasal hari nie sekolah kan..so aku janji hari niela..sebab besok diaorang x sekolah..Kami pun siap2la td.Pukul 8 mlm kami keluaq rumah..u know apa yg dah jadi..Hari nie mana panggung wayang bukak ..kan nie negeri Kedah..ish!ish! Mulalah mencebek si kakak. Apa boleh buat..melepasla lagi.. Tp xpa besok masih ada sayang..

Isnin, 14 Jun 2010

Bertindak Untuk Mencapai Sasaran Anda "LANGKAH 7 BISNES 2010"

“ kejayaan hanya datang pada mereka yang menunggu,kejayaan akan berlalu pada mereka yang tidak menghiraukannya”

- Abraham Lincoln

Bertindak untuk mencapai sasaran anda

Perkara yang paling sukar dan paling penting adalah untuk meletakkan tindakan bagi mencapai sasaran.ramai orang tidak Berjaya untuk mencapai sasaran kerana salah meletakan tindakan.sebaik sahaja anda meletakan sasaran anda hanya perlu menumpukan perhatian pada sasaran anda supaya tidak gagal untuk mencapainya.

Ini bererti bahawa, jika anda ingin memulakan sebuah kedai secara online, ini adalah satu idea yang baik. untuk menyelesaikan projek muat turun. Keperluan untuk pengubah suaian sebuah laman web, untuk membangunkan lebih banyak produk, mendapatkan bekalan penghantaran dan pemprosesan pembayaran secara kredit.jika anda memilih untuk menjalankan perniagaan secara website maka tugas keseluruhan menjadi lebih mudah.

Saya suka menyebut tentang ‘peraturan lima’ jika anda menggunakan peraturan lima segala urusan akan menjadi mudah.hal- hal yang besar akan menjadi seperti kecil untuk di uruskan.

Contohnya Tahun ini, ERIESYA telah mencuba membuat penyelidikan ke atas beberapa jenis daun herba untuk menghasilkan produk baru, Waktu untuk melakukan semua pengujian, semua proses diperlukan dan risiko yang perlu diterima jika pengujian gagal. Meskipun mudah untuk mendapatkan overwhlemed, ia memerlukan 'peraturan lima' untuk menyelesaikannya . Setiap hari, saya uji daun-daun herba tersebut untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk pengguna, dan membuat pilihan.Dan saya sudah melakukan ini selama lebih dari sebulan.Dengan pencapaian itu saya teruskan lagi usaha saya dengan menghasilkan produk baru iaitu skrub gula,sabun muka dari buah-buahan. Dan telah Berjaya mencapai sasaran yang saya letakan untuk saya capai.

PR untuk hari ini anda perlu meletakan satu tujuan anda (hanya satu!) Dan dipecahkan menjadi lima langkah pertama yang perlu anda capai. Lalu, lakukan yang pertama hari ini. Kedua Sabtu. Langkah ketiga Rabu sampai anda telah menyelesaikan semua lima langkah hari Jumaat. Mata bonus jika anda melakukan ini untuk lima tujuan anda sehingga anda membuat lima langkah-langkah kecil pada semua produk anda, setiap hari. Tapi, mencuba idea ini hanya pada satu tujuan untuk minggu ini mungkin lebih daripada cukup untuk anda sehingga anda mula merasa berada di tempat yang selesa.

esok segmen akan bercakap tentang mekanisma sokongan tambahan untuk memastikan anda boleh mencapai tujuan anda.

Sabtu, 12 Jun 2010

fAmIlYKu

Selamat pagi semua..arinie sungguh seronok..mn xnya dato',bangchik,pakne,abg jep,nizam dan anak cucu tokman breakfast bersama..bukan senang nak duduk bersama mcm nie..alangkah bahgia klu selalu mcm nie..la nie kami pakat2 nakkuaq pi jalan..pi PAVILION kot..nak shopping sikit..DOAkan semoga keluarga nie bahgia selalu..bye

RiUh ReNdAh dI hARI PErTuNaNgAn TEH & JIMmY SHANLEY

FUh!! Betapa meriahnya suasana hari nie..di masa nie kami sekeluarga masih x tidoq lagi..mcmn nak tidoq,sesekali berkumpul ..pasti byk benda nak di sembangkan..la ni aku tgh lepak umah biras aku..nicky..bini o.m merangkap kwn baik aku semasa bujang dulu..
Memang dah letih giler,tengah hari tadi ade bacaan tahlil di rumah abg ipaq aku..dato'suhaimy..kenduri naik rumah baru..tp aku memang boleh bagi 5 bintang kat rumah dia..1 time aku dpt tgk rumah secantik tu..bacaan doa disudahi dengan disusuli hujan..hujan rahmat!!
Bila sebelah malam ade kenduri lagi kat rumah abang ipaq aku tu..Nak tau kenduri ape??Apelagi,kenduri yg sungguh meriah!!Anak menakan aku..teh bertunang dengan artis!!Jimmy Shanley.Glamor tu!! Oleh kerana abang ipaq aku pengasas kpd produk kosmetik terkenal jadi ramai lah pengasas produk2 yg turut memeriahkan majlis. Yg aku nampak pengasas de'wajah,nv,le'rose..ish banyak sungguhla..
Nie aku nak berikan nasihat kat TEh,anak menakan aku..bila dah bertunang nie akan adalah dugaan2 dialam pertunangan..yang kadangkala menggugat keimanan..jadi maulah hang bersabaq byk2 k!!
Ok tahniah ye teh..x sabaq nak tunggu mkn nasi minyak..Dan kepada anak cucu tokman..pi lah tidoq...dah lewat dah nie..yang bertunang tu Teh & jimmy..awat hampa yang karan!!hehehe.

Selasa, 1 Jun 2010

sElAmAt hArI LaHiR aNaKkU sYaHiEra UtK yG kE 11

Kisah ini 12 tahun yang lalu dan mungkin anakku tak biasa dengar tentang kisah sedih ibunya nie .. Ini hadiah aku kepadanya sempena menyambut ulang tahun ke 11 nya. Bukan utk membuka rahsia lalu tetapi sebagai pegangan buat anakku supaya tidak sesekali dia tergelincir dari landasan hidupnya .Untuk memiliki dirinya adalah sesuatu pengalaman yang begitu sukar untuk aku tempuhi. Dan sesungguhnya NOOR SYAHIERA ADALAH PENGIKAT KASIH SAYANG antara aku dan suamiku.

Semasa di kl , sewaktu berumur 16 tahun .. AKU adalah seorang promoter levi's.. aku telah berkenalan dgn seorang lelaki ..aku mmg x suka ngan jantan nie .. dr paras rupa hinggakan ke perangainya .. uwek! Menyampah gila ..! oklah!. Kita cut shortkan citer nie .. akhirnya lelaki yang aku menyampah nielah yang menjadi laki aku sampai sekarang..

AKU telah berkahwin semasa umurku 18 tahun .. Kami berkahwin di atas dasar cinta .. x siapa yg tau .. kecuali org tertentu je .. sedari kecil hidupku x habis2 diuji , dan semasa aku mengandung anak yang pertama, sekali lg aku telah menerima 1 ujian yg amat hebat.

Abg suamiku tlh dtg utk memujuk suamiku pulang krn ibunya sdg sakit dikampung. walaupunberat utk melepaskan laki aku waktu tu, aku terpaksa redha .Sebelum pulang, dia berpesan agar menjaga kandunganku dgn baik.

Percaya tak klu aku katakan, setiap hari aku hanya makan nasi dan berulamkan kacang panjang .. oops lupa plak + kicap manis. Nak buat mcmn .. laki aku pun dah xder sumber mashuuk sbb dia terpaksa tutup perniagaanya di kl krn kegawatan ekonomi .. tapi bagi aku itu semua adalah masalah kecil sebab aku dah biasa lalui semua tu sewaktu aku kecik lagi. Ape yg menjadi payah bagi aku adalah saat2 terpaksa berjauhan dari laki aku..Sedih aku mengenangkan nasib aku yang terpaksa bersendirian mengharungi hidup bersama baby aku yg masih didlm perut.

Rupa2nya bukan saja sekadar balik Kedah menjaga ibunya ... dia kena kawin pulakk! Sebenarnya dia memang dah bertunang sebelum kami kenal lagi ..cubalah korang bayangkan seandainya benda nie berlaku pada diri korang ? Tp AKU redha dan izinkan laki aku utk berkahwin dgn Taty .. dah la lawa, putih gebu plak tu .. klu dibandingkan dgn AKU .. mmg jauh ketinggalan .. masa hari perkahwinan laki AKU .. AKU sempat bertanyakan warna baju apa yang dia pakai, bila dia nak ehem2! Wlupun pahit! ..! terpaksa kutelan .. AKU masih ingat waktu tu .. MASA tu AKU kerja sambilan di MISC..tlg mak aku meniaga di kantin. Dapat jugak duit nak belanja & beli ubat utk bayi dalam perut.

Ape yang buat aku rasa bersyukur, AKU seperti x mengandung je .. x alah , x mengidam, x sakit langsung .. itulah kuasa tuhan .. masa tu aku langsung x boleh berhubungan dgn laki aku wlupun utk telefon kerana kami takut rahsia pecah..waktu tu bila dengar je lagu Broery Marantika ..mulalah aku menangis .. nasib baikla sebelum balik ke sp laki aku sempat beli apartment kat siri murni selayang.. MASA tu AKU sentiasa berserah pada Takdir .. mana xnya! buatnya bank rampas balik rumah tu .. mana aku nak duduk? duit makan pun hanya mengharapkan belas ihsan kwn2.

Aku cuba positifkan otak aku nie bila ade suara2 sumbang cuba nak masuk jarum .. tapi walaupun macamtu kadang2 terdetik juga iman aku nie. argh.. biarlah! Sesekali terubat jgk rindu di hati bila laki aku curi2 mai jumpa aku. Apa yang buat aku respect sangat kat diri aku sendiri ialah bila laki aku jejak je kaki nya ke dalam rumah kami, aku akan layan dia bagaikan raja. Aku layan seolah2 seperti tiada apa pun yang berlaku .. x pernah sekalipun aku bertanyakan tentang maduku Taty ...

Kisah kami banyak di linangi dgn airmata je .. pernah sekali laki aku tepon samaade aku dah makan ke belum .. Aku tipu laki aku,aku cakap aku dah makan padahal aku sebenarnya memang tengah lapar giler, aku memang xde duit pasal aku terpaksa simpan duit beli vitamin utk bayi dlm perut aku . Doktor kata ia penting tumbesaran baby.. x lama lepas letak tepon, laki AKU tepon lagi .. dia tanya lagi samaada betul ke aku dah makan, AKU memang dah x boleh tahan airmata AKU nie.. apalagi mulalah babak keluar airmata Fuh ..! Macam filem Hindustan la plak ..

bersambung......