Nuffnang

Ahad, 24 Januari 2010

Terapkan Nilai Teras & Wawasan Bisnes Anda "LANGKAH 4 2010"


Setiap perniagaan yang dijalankan adalah semata-mata kerana 'wang', dan juga perkara-perkara lain. Perniagaan juga mestilah diterap dengan nilai-nilai teras dan wawasan anda bagi menjayakan serta mewujudkan semangat bekerja di dalam syarikat anda.Kedua-duanya haruslah seiring dengan usaha gigih anda tidak kira hari ini maupun di masa akan datang. Menerapkan nilai teras dan wawasan bukanlah untuk keseronokan tetapi ianya amatlah penting bagi menentukan sebuah kejayaan.

Untuk enam tahun pertama di ERIESYA, misi kami (atau wawasan) ialah menjadi yang terbaik dengan berusaha untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa ingin menjadikan mereka kelihatan cantik & sempurna. Untuk menjadikan semua itu nyata, kami telah berjuang untuk mencapai wawasan yang di cipta oleh saya sendiri selaku pengasas kecantikan. Wawasan itu sentiasa di galas oleh semua kakitangan ERIESYA .Nilai-nilai teras ERIESYA adalah seperti berikut:

(1.) Menjadi inspirasi kepada semua usahawan wanita yang lain.

(2.) Menjadi tulang belakang syarikat dengan menyalurkan produk yang berkualiti.

(3.) Bagi menunjukkan LOVE untuk pelanggan-pelanggan maupun pekerja.

L.O.V.E. stands for: changing Lives (the L),creating Opportunities(the O), delivering high Value (the V), and encouraging creative Expression through the five senses (the E).

(4.) Menjadi sebuah syarikat yang bertanggungjawab.

(5.) Meraih keuntungan berpada-pada dengan produk yang dihasilkan (murah tapi berkesan)

Nilai-nilai ini adalah penting kerana untuk mencapai wawasan kami, tanda ini menjadi tanda aras ataupun amaran kepada kami bagi kami mengukur akan setiap tindak-tanduk kami. Setiap keputusan yang kami buat haruslah berlandaskan nilai-nilai yang diterapkan.

Sebagai contoh, apabila kami sedang berfikir sama ada ya atau tidak untuk mengeluarkan satu-satu produk baru. Kami perlu bertanya kepada diri kami, “Adakah garis ini bertemu piawaian yang digariskan dalam nilai-nilai kami?” Jika keputusan sebulat suara memberi jawapan “tidak”. Dan di sebabkan oleh nilai-nilai yang kami teraskan,jadi kami memutuskan supaya tidak menjalankan projek yang kami cadangkan. Keputusan juga di buat berdasarkan perbincangan sesama team kami. Setiap keputusan haruslah dihormati memandangkan itu adalah yang terbaik bagi kami untuk mengekalkan kewujudan kami di persada dunia kecantikan. Kerap kali, saya akan melihat mengapa ia adalah penting bagi kami. Membangunkan sebuah perniagaan hingga kepuncak jaya dengan berlandaskan satu prinsip teras.Sebuah pengajaran yang wajib kami perbaiki setelah melalui pengalaman kejatuhan yang dulunya langsung tidak pernah ingat untuk menerapkan nilai teras maupun wawasan ERIESYA.Syukurlah kami masih boleh bertahan dan memperbaiki kesilapan lalu.

Memilih nilai-nilai untuk syarikat anda sendiri adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk dikenangkan kembali dimana saat mula-mula untuk menciptakannya. Bermula dengan bertanya diri sendiri, “Apakah, adakah, dimanakah & siapkah ERIESYA dimata anda. Banyak kemungkinan yang boleh dibuat antara sebab & munasabab ERIESYA masih mampu bertahan hingga ke hari ini ialah:

-Mungkin saya boleh bertahan hingga ke hari ini kerana telah memberi 150% kepuasan kepada pelanggan.

-Mungkin saya boleh bertahan hingga ke hari ini kerana telah menghasilkan produk yang berkesan

-Mungkin saya boleh bertahan hingga ke hari kerana telah mendapat sokongan dari anda & usahawan wanita yang lain.

Kenapa saya berani berkata yang semua ini merupakan satu keseronokan dan menjadi ianya menjadi sebahagian daripada perniagaan anda ialah anda akan dapat merasai setiap proses yang dirancang berjalan lancar mengikut apa yang di inginkan dan segala itu mampu membuat anda bertahan hingga ke hari ini!Ianya juga dapat menjadikan anda lebih kreatif sebagaimana yang anda mahu! Akhirnya, anda memilih 4-5 nilai yang paling penting untuk anda , dan kemudian menggabungkan mereka kepada amalan-amalan perniagaan anda. Nilai-nilai teras berkembang boleh membimbing anda untuk membuat banyak keputusan-keputusan perniagaan yang bernas di masa akan datang. Satu cara bagi anda untuk memastikan yang kewujudan syarikat anda ini sesuatu yang harus di banggakan.

Kerja rumah anda hari ini adalah untuk mengemukakan satu senarai matlamat anda untuk memulakan perjalanan anda ke satu penyata visi yang bersesuaian dengan perniagaan anda (Mengapa anda di sini? Apakah yang ingin anda lakukan itu lain daripada yang lain? Apakah sambutan kepada produk anda?.Mampukah produk anda bersaing di pasaran dan diterima pelanggan dan untuk diglobalkan?). Saya mahu anda juga memerah otak untuk satu senarai penyata nilai-nilai potensi.Nyatakan lima matlamat anda dan buat satu rumusan dengan menggabungkan ia menjadi satu ayat yang relevan Kemudian pilih tiga top tree daripada 5 matlamat tadi dan cuba menghasilkan cogankata untuk syarikat anda. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada anda untuk belajar berfikir dan berani untuk mengemukakannya.Selamat mencuba!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan