Nuffnang
Ahad, 17 Januari 2010
MENILAI SWOT BISNES ANDA "LANGKAH 3 2010"
Sebelumnya,kita melihat beberapa bahagian didalam merangka rancangan perniagaan (meneliti pasaran dan menentukan siapa pelanggan anda). Ada lagi 'Elemen' lain yang tidak kurang pentingnya. Anda juga mestilah merancang bisnes anda dengan menilai dari sudut Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman
Proses ini disebut SWOT strength,WEAKness,oPPurtunity ,thrEAT Dan itu tidaklah semudah yang disebut.
Tahun lepas, saya bersama team ERIESYA telah cuba melakarkan satu bulatan pada grafik yang sangat besar untuk menentukan ERIESYA dari penilaian baik, buruk, jika dibandingkan dengan pengusaha yang lain.Dan apa yang telah saya dapati,pada saat itu kelemahan utama yang kami hadapi adalah arus wang tunai kami. Kami telah membuat pelaburan yang cukup besar (membeli dan membuka kilang kami Sungai Petani pada bulan yang sama whoops!)Itu bererti kami tidak mempunyai wang tunai untuk menanggung perbelanjaan bulanan. Jika anda pernah mendengar ungkapan 'WANG adalah RAJA "maka anda akan tahu bahawa WANG adalah segala-galanya dan WANG jugalah yang akan dapat membuat kita keluar daripada masalah. Selama dua tahun, kami tidak dapat mengembangkan rangkaian produk baru kami yang penting kerana kami tidak mempunyai kewangan untuk melakukannya. Ini bererti kami harus berusaha untuk tetap bertahan di antara sesama pembekal. Pengalaman itu adalah yang paling menyakitkan, tapi syukurlah, layanan darisegi perkhidmatan pelanggan dan pelanggan setia kami terus menyokong kami, meskipun kami tidak lagi mempunyai nama. Melakukan SWOT membantu kami untuk mengenalpasti masalah dan kepada anda yang masih belum terlambat. Berikut adalah cara yang mungkin anda lakukan SWOT untuk anda sendiri:
KEKUATAN anda boleh menjadi ukuran. Kerana anda kecil, anda mungkin akan lebih lincah dan lebih fleksibel daripada beberapa pesaing. Atau, anda mungkin kekuatan yang akan membuat anda lebih dekat kepada pengedar maupun pemborong yang bererti anda boleh berkomunikasi dengan cepat ketika mereka memerlukan sesuatu.
KELEMAHAN anda pula ialah anda hanya memiliki sedikit waktu yang tersedia. Atau mungkin tidak ada waktu sama sekali!Jadi apa strategi seterusnya untuk membuat perniagaan anda berjaya?
PELUANG anda boleh menjadikan putri anda sebagai model kecantikan atau meletakkan sasaran jualan produk anda kepada remaja yang baru habis pembelajaran dan baru didalam pekerjaan.Mereka ini harus tampil dengan identiti yang kemas ,cantik dan bergaya.
ANCAMAN,pengusaha kosmetik yang telah mengeluarkan produk skrub garam anda dengan harga yang lebih murah walaupun isi kandungannya lebih sedikit daripada ERIESYA tetapi pankaging nya telah menarik perhatian pelanggan.
Melakukan SWOT seperti ini adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan ancaman di sekitar anda.Ini akan membantu anda untuk melihat masalah sedari awal. Ketika anda tahu anda didalam bahaya, anda boleh menggunakan kekuatan dan peluang untuk membantu mengurangkan masalah. Contohnya, jika ada pesaing yang mengeluarkan sabun atau skrub yang lebih menarik, kreatif dan berwarna-warni.Anda seharusnya mesti lebih dari itu. Promosikan kepada pengedar & pemborong. Mendekatkan diri anda dengan kedai kecil boleh meraih keuntungan dengan membolehkan anda untuk lebih mudah berkomunikasi dengan kedai. Juga, ketika itu anda dapat belajar & memenuhi keperluan pelanggan. Anda mungkin boleh bergerak dengan lebih cepat lagi untuk mengakomodasi mereka daripada syarikat yang lebih besar. Dapatkan team yang bagus bagi melancarkan SWOT anda.Selamat mencuba!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan