Nuffnang

Khamis, 25 Februari 2010

Visi anda, ilham kepada orang lain'LANGKAH 5 BISNES 2010'

Menentukan nilai-nilai anda secara semulajadi akan membawa anda ke sebuah visi untuk syarikat anda. Visi boleh menjadi apa yang anda impikan untuk perniagaan yang bermanfaat, baik sekarang maupun di masa depan. Sebagai contoh, anda boleh menentukan visi syarikat anda sebagai berikut:

"Perniagaan saya bertujuan untuk menjadi pembuat sabun terkemuka yang menjamin 100% kepuasan pelanggan dengan tetap menjaga standard tertinggi, perlindungan alam sekitar dalam pembuatan produk-produk kami."

Visi yang anda buat pada akhirnya akan bergantung pada nilai-nilai yang anda pilih. Jadi, rehatkan minda anda dengan keseronokan membayangkan kejayaan yang anda miliki pada masa hadapan.

Memiliki visi untuk syarikat tidak hanya sebagai motivasi dan inspirasi bagi anda, tetapi memberi manfaat kepada orang lain juga. Jika anda mempunyai kakitangan (atau membantu keluarga dan rakan-rakan atau sebagai sukarelawan untuk menyumbangkan tenaga ), sebuah visi yang difahamkan boleh membantu menjaga tenaga, antusiasme dan kualiti. Demikian juga, dengan pelanggan dan pembekal, pernyataan visi boleh memujuk dan meningkatkan reputasi syarikat. Dengan berkongsi visi anda dengan mereka, anda juga dapat membantu mereka untuk merasa seperti sebahagian daripada syarikat anda juga.

Jadi, sementara rancangan perniagaan anda adalah tujuan asas anda, nilai-nilai dan visi ini dapat ditambah itu di ibarat seperti campuran khusus warna dan pewangi yang saya tambahkan kedalam sabun untuk memberikan ciri unik sesebuah sabun.Visi juga dapat membantu anda untuk melalui keputusan mahupun masalah yang sukar di dalam membina sebuah perniagaan. Secara rumusnya mereka ini adalah ilham anda bagi membuat keputusan, atau sesuatu yang bernilai, sesuatu yang paling penting bagi anda! Setelah anda mendapatkan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan,kini sudah waktunya untuk anda meneruskan kerja anda dengan berlandaskan visi yang di cipta bagi memudahkan anda untuk terus Berjaya didalam perniagaan yang anda ceburi. SELAMAT MENCUBA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan