Nuffnang

Ahad, 10 Julai 2011


SABUN GOLD 24K beli secara online sekarang!!

24K GOLD mempunyai pelbagai jenis khasiat dan fungsi. Sabun 24K GOLD keluaran Eriesya Spa mengandungi ekstrak 24K GOLD yang berfungsi ;


# Mengembalikan keremajaan kulit anda
# Memperbaiki sel-sel kulit yang rosak
# Memberi keseriaan pada wajah
# Menganjalkan kulit wajah anda

Hanya klik http://beautyspa.lot.my/....

Isnin, 28 Februari 2011

Selamat Pagi Semua

AS SALAM SEMUA...
SELAMAT PAGI KEKAWAN SEMUA..SEPERTI HARI2 BIASA..KEHIDUPAN AKU SEMAKIN CERIA.BANYAK PERUBAHAN YG BERLAKU TAHUN 2011.KUHARAP SEMUA PUN MELALUI PERKARA YG SAMA..ALHAMDULILLAH.

Ahad, 12 Disember 2010

Sambungan Selamat Hari Lahir Anakku Noorsyahiera Untuk Yang Ke 11

Sekarang aku sudah pun bergelar ibu..kehadiran ya dlm hidup aku mengubah segalanya.'Ya'satu panggilan manja Syahiera.Ya sememangnya baby yang pandai kerana memahami kesusahan yg aku tanggung jadi ya seakan seperti kanak2 yg dewasa. Sesungguhnya Tuhan itu telah memberi jalan yg mudah dalam memelihara seorang baby..YA x pernah menyusahkan aku langsung.ya x nangis,x meragam dan x pernah buat aku rasa spt mak pun.Bayangkan klu selalunya budak kecik mesti akan kedengaran hilai tangis tapi tidak pada ya..dan selalunya jgk apabila baby lapaq,pasti akan menangis tp tidak pada ya.Mudah sungguh jd mak klu mcm nie.mungkin tuhan membantu aku mengurangkan masalah hidupku.

Oleh kerana ya yg boleh membawa diri, jd kini aku hanya perlu menjaga diri aku di dalam waktu tempoh pantang 44 hari. tp aku seolah mcm x pantang pun, yelaa mnlaa aku pernah belajaq smua tu. Orang lain klu berpantang pasti di temani atau di jaga oleh mak atau pun mak mertua sendiri. Ttp aku x merasalah semua tu..malang sungguh nasib aku kan? saat diriku mengandung dulu pun seorang, pantang pun sorang diri jgk. Nasib baik ya begitu memahami maknyer yg duk tgh serabut ni. Dia x reti untuk menangis jauh sekali nak meragam! Kelahiran ya mengubah sikit sebanyak hidup aku yg kesunyian. Dan semenjak ya lahir lakiku sering datang ke kl. Mungkin kerana x sampai hati melihat ya yg hidup membesar tanpa perhatian abah .

Sementara aku, masih lagi seperti biasa. Seboleh2nya aku ingin menyisihkan diri jauh dr pandangan mata semua yg melihat.. Bayangkan aku yang tiada pengetahuan langsung terpaksa menguruskan diri aku sendiri dalam waktu berpantang. Takdak saper yang tau keperitan aku di dalam meneruskan hidup berdua bersama ya.Aku pelik terhadap diriku sendiri krn selalunya setiap wanita pasti akan beriya2 perasaannya dan akan menghabiskan masa dgn main bersama baby ttp aku x...bila sudah aku menyiapkan diri ya & menyusukan dia,aku akan membiarkan dia di hadapan radio. Mainla ya seorang diri.Mungkin kah disebabkan hidup aku yg xpernah dibelai menjadikan aku kekok utk melakukanynya pd ya?. Atau kerana sifat aku yg kurang suka dgn budak2?Kesian ya.Bukannya aku x sayang tp mungkin keaadaan aku yang dirundung kesengsaraan hidup menjadikan hati aku keras sekental batu.

Namun pada suatu hari aku di datangi kawan agy yg membawa seorang perempuan .Aku diberitahu Agy kawannya akan datang bersama isterinya yg berasal dr Indonesia,dan mau menyewa bilik di rumahku. Dan dengan menyewakan bilik pd kawannya ,dapat jugak aku duit untuk buat beli susu dan pampers anak aku. Sekarang aku sudah ada talian telefon yang di pasang dirumahku.Agy cadangkan supaya dpt menghubunginya seandainya ada apa-apa yg berlaku semasa ketiadaan dia.Tp aku x pernah untuk menghubungi nya.Bkn apa, takut keluarga agy dpt menghidu perhubungan kami plak.Hidup aku xla boring sgt bila ya ader.Ditambah pulak dengan kawan baru aku yang menyewa bilik dirumahku,yusi namanyer.

Aku berasa pelik semenjak ya lahir Agy kerap datang ke kl.Dan dia akan datang tanpa bgtau aku dulu,tau2 muncul depan pintu..Dia pernah berkata dan kadang-kala pengakuannya itu membuat hati aku tersinggung ttp itulah kenyataan yang harus kuterima.Dia datang kerana terlalu pikirkan anaknya berbanding aku.Tp aku positifkan diri menganggap Agy x risau akan diri aku krn mgkin aku bisa menjaga diriku berbanding ya.Dek krn terlalu sayangkan ya,Percaya atau tidak bila waktu agy mau pulang kekedah, bila sesampai dirawang jer, laki aku sanggup berpatah balik ke rumah aku krn x sanggup meninggalkan ya.Begitulah penangan kasih sayang seorang abah terhadap anak. Terpaksa berpisah & menyembunyikan status abah drpd keluarga.Menerima suatu anugerah yang berharga namun tidak dapat utk di umum akan statusnya hanya kerna kesilapan menyembunyikan dan takut mengakui hakikat sebuah kebenaran demi menjaga hati ibu(arwah tokmah)

Apa yang lebih merungsingkan apabila aku selalu menerima panggilan dr seorang wanita yang bertanyakan soalan mengenai laki aku.Dan seperti biasa aku akan menyangkal pertanyaannya kerana aku tau itu mungkin taty.Pernah sekali aku menyamar menjadi seorang 'playgirl' yg pura2 KELIRU ngan orang bernama Nazri."i x ingatlah nazri yg mn satu..i nie byk boyfrenz"ayat aku waktu tu..hehehe.

Sewaktu ya mencecah beberapa bulan , aku telah menerima panggilan yang taty telah mendapat ketumbuhan didalam ususnya. Perkara ini dpt dikesan setelah taty mengandung. Dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhannya itu.Walaupun taty ialah maduku, namun aku tetap mendoakan keselamatan nya memandangkan dia juga mengandung.Mengandungkan zuriat lakiku.Selepas taty berjaya menjalani operation nye..agy terus telefon aku menyampaikan berita gembira..namun pd besoknya ,aku telah dikhabari dengan satu kejutan dimana kandungan taty terpaksa digugurkan. Kandungan baby telah dijangkiti virus. Dan menurut kata lakiku baby yg hanya sebesar gengaman semasa dia dikebumikan.Korang nak tau jantina arwah anak tiri aku x?Girl jugak.Klu x sekarang mungkin aku dah ader 4 orang anakkan?Apa boleh buat,tuhan lebih menyayanginya

Berbalik pada kisah hidup aku semula...
Dalam meniti perjalanan hidup aku..banyak benda yang terpaksa aku terima ..walaupun pahit untuk ditelan tp itulah hakikatnya. Namun seluas mana sekali pun penerimaan aku,kadang-kadang ader jugak hasutan syaitan yang berjaya menggoyah kepercayaan aku terhadap ketulusan hati Agy..

Yelaa..dalam keadaan serabut.aku tertanya betulkah tindakan aku selama ni..berbaloika pengorbanan aku hanya kerana terlalu percayakan kata2 seorang lelaki .Terpaksa berkahwin kerana x mau menderhaka kepada ibu.argh..laki2!! klu mau aper saje sanggup buat.Alasan je.Terkadang aku separuh giler jadinya.Menahan kesakitan yang x dpt aku luahkan.Lagipun saper aku klu nak di bandingkan dengan taty,mcm langit & bumi.Iyelaa!Hidup plak serba kekurangan...kurang dengan kasih sayang,kurang duit,kurang segala-galanya.
Sedih aku tu x tau nak untuk aku gambarkan...Hidup yg terpaksa menumpang kasih orang.Dan kini.. hidup yg terpaksa berkongsi kisah hidup dgn Taty plak.

Bersambung...

Sabtu, 11 Disember 2010

Sori Lambat Bebenor Updatenyer YOUPpp!!


ASKUM kekawan..ape citer youpp!!lama nya aku menyepi,ingatkan dah mampuih td??idok,teman umuq panjang lg..
Sebenaqnya aku nie mmgla pemaleh sejak dr azali lg,x caya boleh tanya mak aku Che Ah mintak akuan bukti kemalasan aku.Dek krn ngikot zaman canggih manggih nie tulaa yg aku bkk blog nie..tambah plak keja yg x habih manjang mkompomkan aku utk x update apa2 citer.tp arinie aku cuba btekad utk blajaq mdisplinkan diri (sesuatu yg mmg aku fail)dan berjanji akn mgupdate blog aku hari kecuali emegency.
Klu korang nak share ttg life aku sejak 2 menjak nie bleh gak kita menceritakan keadaan aku la ni..

Diri aku,jiwa aku,ketawa aku,ayaq mata aku,
Hanya aku yg bisa mengerti isi dlmnya,
Kerana aku akn ttp mjd diri aku,
Mengalah pada keadaan,mengalah pada cubaan yg menyesakkan napas aku...
Walau aku bisa ketawa,bisa jgk aku buat mereka ketawa,
Namun kpd yg perasan ttg kesusahan yg aku tanggung,
Perubahan itu bisa dirasa,dilihat,disangsi,
Berkurung dan cuba menjauhkan diri dr smua,
Ya!Benar!Aku asyik duduk diblikku,
Kurang senda gurauku thdp puteri2 ku,
Maap sayang....Sesungguhnya mama & abah sygkan kamu b3,
Cuma hakikat sebenar dpt mjwp apa yg sdg bgolak!!
Sesuatu yg kuanggap lebih berat andai nak kubandingkan
dgn mslh silam yg bjaya aku redahi pd satu ketika dulu..jd BIAQLA RAHSIA...

Isnin, 19 Julai 2010

i lUv u aBaH..HaPi bEsDaY Yg kE 79 aBaH!!



abAH..BAPAK..PAPA..Mcm2 gelaran yg di panggil utk seorg yg bgelar bapak..Aku jgk ada bapak tp...x mcm org lain yg cukup kasih syg dr seorg bapak..Oleh kerana aku dtg dr keluarga yg pecah belah jd..aku mmg dahagakan kasih syg dr seorg bapak..
Tp ingin aku bgtau kpd semua yg SESUNGGUHNYA TUHAN ITU MAHA KAYA kerna dia tlh memenuhi impian aku agar suatu hari nanti aku akan dpat dipeluk,dicium dan disayangi seperti insan lain..yg mempunyai bapak..
HJ OTHMAN ataupun TOKMAN ialah bapak mertua aku..tp aku dah anggap dia seperti bapak aku sendiri..Dia mmg sporting dan menyayangi aku dan anak2 aku..aku dah tinggal sebumbung dgnnya hampir 12 tahun...sebagai seorang anak aku dikategorikan seorg anak yg kuat melawan..jd bila kami bertengkar bgaikan nak btumbuk..tp aku mmg dah paham perangai dia..kdg2 baru lepas gaduh..x sampai setengah jam dia dah panggil aku teman dia pi shopping..pelik x??
Pada 17/o7/2o1o yg lalu.abah membuat sedikit bacaan doa selamat sempena menyambut harijdnya yg ke79. Seronoknya sbb pd hari tue suku drpd family aku dtg..Aku sempat belikan abah hadiah..tp murah je..YG penting adalah keikhlasan dlm kasih syg yg aku berikan..untuk abahku "SELAMAT HARIJADI yg KE 79 ABAH" Semoga panjang umuq abah..

Jumaat, 9 Julai 2010

seHARI suNtUk pI CaRi kAiN uNtUk RaYa nANtI

Hari nie mmg letih sgt..Bukan pasai keja,tp sibuk ngan kain nak buat baju raya.Sesungguhnya ANAK SULONG aku nie dah besaq pun,huh! cerewetnya pilih kain mengalahkan aku..color terang sgtla,bunga besaq sgt..pening aku dibuatnya.Nak buat fesyen baju tue nanti pun mcm org tua2..
Sebenaqnya aku x beli pun kain utk aku pasai biras aku dah tlg beli baru2 nie di INDONESIA,so aku pi ALAMODA je thun nie cari kain untuk 3 puteri aku tu..Tema tahun nie color purple..
La nie baru sampai balik je,nak mandi dan terus tidoq..so good nite..