Nuffnang

Sabtu, 12 Jun 2010

fAmIlYKu

Selamat pagi semua..arinie sungguh seronok..mn xnya dato',bangchik,pakne,abg jep,nizam dan anak cucu tokman breakfast bersama..bukan senang nak duduk bersama mcm nie..alangkah bahgia klu selalu mcm nie..la nie kami pakat2 nakkuaq pi jalan..pi PAVILION kot..nak shopping sikit..DOAkan semoga keluarga nie bahgia selalu..bye

RiUh ReNdAh dI hARI PErTuNaNgAn TEH & JIMmY SHANLEY

FUh!! Betapa meriahnya suasana hari nie..di masa nie kami sekeluarga masih x tidoq lagi..mcmn nak tidoq,sesekali berkumpul ..pasti byk benda nak di sembangkan..la ni aku tgh lepak umah biras aku..nicky..bini o.m merangkap kwn baik aku semasa bujang dulu..
Memang dah letih giler,tengah hari tadi ade bacaan tahlil di rumah abg ipaq aku..dato'suhaimy..kenduri naik rumah baru..tp aku memang boleh bagi 5 bintang kat rumah dia..1 time aku dpt tgk rumah secantik tu..bacaan doa disudahi dengan disusuli hujan..hujan rahmat!!
Bila sebelah malam ade kenduri lagi kat rumah abang ipaq aku tu..Nak tau kenduri ape??Apelagi,kenduri yg sungguh meriah!!Anak menakan aku..teh bertunang dengan artis!!Jimmy Shanley.Glamor tu!! Oleh kerana abang ipaq aku pengasas kpd produk kosmetik terkenal jadi ramai lah pengasas produk2 yg turut memeriahkan majlis. Yg aku nampak pengasas de'wajah,nv,le'rose..ish banyak sungguhla..
Nie aku nak berikan nasihat kat TEh,anak menakan aku..bila dah bertunang nie akan adalah dugaan2 dialam pertunangan..yang kadangkala menggugat keimanan..jadi maulah hang bersabaq byk2 k!!
Ok tahniah ye teh..x sabaq nak tunggu mkn nasi minyak..Dan kepada anak cucu tokman..pi lah tidoq...dah lewat dah nie..yang bertunang tu Teh & jimmy..awat hampa yang karan!!hehehe.

Selasa, 1 Jun 2010

sElAmAt hArI LaHiR aNaKkU sYaHiEra UtK yG kE 11

Kisah ini 12 tahun yang lalu dan mungkin anakku tak biasa dengar tentang kisah sedih ibunya nie .. Ini hadiah aku kepadanya sempena menyambut ulang tahun ke 11 nya. Bukan utk membuka rahsia lalu tetapi sebagai pegangan buat anakku supaya tidak sesekali dia tergelincir dari landasan hidupnya .Untuk memiliki dirinya adalah sesuatu pengalaman yang begitu sukar untuk aku tempuhi. Dan sesungguhnya NOOR SYAHIERA ADALAH PENGIKAT KASIH SAYANG antara aku dan suamiku.

Semasa di kl , sewaktu berumur 16 tahun .. AKU adalah seorang promoter levi's.. aku telah berkenalan dgn seorang lelaki ..aku mmg x suka ngan jantan nie .. dr paras rupa hinggakan ke perangainya .. uwek! Menyampah gila ..! oklah!. Kita cut shortkan citer nie .. akhirnya lelaki yang aku menyampah nielah yang menjadi laki aku sampai sekarang..

AKU telah berkahwin semasa umurku 18 tahun .. Kami berkahwin di atas dasar cinta .. x siapa yg tau .. kecuali org tertentu je .. sedari kecil hidupku x habis2 diuji , dan semasa aku mengandung anak yang pertama, sekali lg aku telah menerima 1 ujian yg amat hebat.

Abg suamiku tlh dtg utk memujuk suamiku pulang krn ibunya sdg sakit dikampung. walaupunberat utk melepaskan laki aku waktu tu, aku terpaksa redha .Sebelum pulang, dia berpesan agar menjaga kandunganku dgn baik.

Percaya tak klu aku katakan, setiap hari aku hanya makan nasi dan berulamkan kacang panjang .. oops lupa plak + kicap manis. Nak buat mcmn .. laki aku pun dah xder sumber mashuuk sbb dia terpaksa tutup perniagaanya di kl krn kegawatan ekonomi .. tapi bagi aku itu semua adalah masalah kecil sebab aku dah biasa lalui semua tu sewaktu aku kecik lagi. Ape yg menjadi payah bagi aku adalah saat2 terpaksa berjauhan dari laki aku..Sedih aku mengenangkan nasib aku yang terpaksa bersendirian mengharungi hidup bersama baby aku yg masih didlm perut.

Rupa2nya bukan saja sekadar balik Kedah menjaga ibunya ... dia kena kawin pulakk! Sebenarnya dia memang dah bertunang sebelum kami kenal lagi ..cubalah korang bayangkan seandainya benda nie berlaku pada diri korang ? Tp AKU redha dan izinkan laki aku utk berkahwin dgn Taty .. dah la lawa, putih gebu plak tu .. klu dibandingkan dgn AKU .. mmg jauh ketinggalan .. masa hari perkahwinan laki AKU .. AKU sempat bertanyakan warna baju apa yang dia pakai, bila dia nak ehem2! Wlupun pahit! ..! terpaksa kutelan .. AKU masih ingat waktu tu .. MASA tu AKU kerja sambilan di MISC..tlg mak aku meniaga di kantin. Dapat jugak duit nak belanja & beli ubat utk bayi dalam perut.

Ape yang buat aku rasa bersyukur, AKU seperti x mengandung je .. x alah , x mengidam, x sakit langsung .. itulah kuasa tuhan .. masa tu aku langsung x boleh berhubungan dgn laki aku wlupun utk telefon kerana kami takut rahsia pecah..waktu tu bila dengar je lagu Broery Marantika ..mulalah aku menangis .. nasib baikla sebelum balik ke sp laki aku sempat beli apartment kat siri murni selayang.. MASA tu AKU sentiasa berserah pada Takdir .. mana xnya! buatnya bank rampas balik rumah tu .. mana aku nak duduk? duit makan pun hanya mengharapkan belas ihsan kwn2.

Aku cuba positifkan otak aku nie bila ade suara2 sumbang cuba nak masuk jarum .. tapi walaupun macamtu kadang2 terdetik juga iman aku nie. argh.. biarlah! Sesekali terubat jgk rindu di hati bila laki aku curi2 mai jumpa aku. Apa yang buat aku respect sangat kat diri aku sendiri ialah bila laki aku jejak je kaki nya ke dalam rumah kami, aku akan layan dia bagaikan raja. Aku layan seolah2 seperti tiada apa pun yang berlaku .. x pernah sekalipun aku bertanyakan tentang maduku Taty ...

Kisah kami banyak di linangi dgn airmata je .. pernah sekali laki aku tepon samaade aku dah makan ke belum .. Aku tipu laki aku,aku cakap aku dah makan padahal aku sebenarnya memang tengah lapar giler, aku memang xde duit pasal aku terpaksa simpan duit beli vitamin utk bayi dlm perut aku . Doktor kata ia penting tumbesaran baby.. x lama lepas letak tepon, laki AKU tepon lagi .. dia tanya lagi samaada betul ke aku dah makan, AKU memang dah x boleh tahan airmata AKU nie.. apalagi mulalah babak keluar airmata Fuh ..! Macam filem Hindustan la plak ..

bersambung......

Sabtu, 15 Mei 2010

hATI aKu sEmAnGaT AkU!!

Hari nie aku mmg x mau citer pasai kejer..aku nak hilangkan tension aku yg selama nie aku sorok..ati aku sebenarnya dah parah dgn tekanan drpd staf aku...buat baik salah!buat salah lg la salah!!tp aku jgk manusia...bgtau aku saper manusia yg perfect sifatnye!!
nanti sambung..nak pi pantai merdeka plak,anak meragam panggil aku pi sana tgok dia...
hah!jgn tkejut aku smbung coretan aku balik..
Walaupun mcmn sebaknya rasa ati ini,hanyalah aku sj yg tau..termsuklah si dia insan yg kusayang'suamiku'Entah...mgkin dah sifat semulajadiku bila ingin mengeluarkan airmata ini,aku akn pastikan tiada siapapun perasan,aku tak mau membuat hati sesiapapun tersentuh..biarlah penderitaan aku,kutanggung sendiri..diri ini dah cukup kuat utk melawan segala kepayahan hidup..hanya hati aku yang dpt memujuk semangat aku..semangat utk terus menerima ketentuan illahi..
Kadang2 pernah juga aku merasa yang diri ini terlalu istimewa..sepanjang perjalanan hidup aku,tak putus2 aku dibelenggu oleh masalah.Wlaupun pd zahirnya aku mampu tertawa,namun tersirat seribu keperitan untuk batinku menanggung.Kerna itulah aku selalu memperingatkan hati ini supaya kuat menahan segala dugaan agar tidak sesekali menjdkan semangatku pudar..
Hari ini sekali lg aku diduga...namun sebagaimn yg pernah aku katakan'Hati aku adalah semangat AkU!!

Jumaat, 30 April 2010

Formula Skrub Gula Kopi


Bahan:
1 / 4 cupminyak almond manis
1 sudu teh vanila
8 titis minyak esensial peppermint
1 cawan gula
1 / 2 cawan Biji kopi

Beli Bahan! prosuder Blend: Mengkombinasikan minyak almond, ekstrak dan minyak atsiri dalam cawan penyukat. kacau sehingga rata. Campur dengan gula dan serbuk kopi segar. Tuang campuran minyak ke dalam campuran gula dan kacau rata untuk menggabungkan sepenuhnya.Untuk menggunakan, berdiri di bilik mandi dan gosok ke seluruh tubuh, wajah dan hindari bahagian kulit yg halus atau sensitif. cara anda Mula dengan kaki dahulu. Berhati-hatilah untuk tidak tergelincir di kamar mandi - minyak almond akan mjadikan kawasan yang licin sedikit.Setelah scrubbing kulit anda, gunakan sabun untuk mandi.Selamat mencuba!!

Rabu, 31 Mac 2010

Menetapkan Arah & Tujuan “LANGKAH 6 BISNES 2010”



Andalah yang menentukan masa depan perniagaan anda dengan menetapkan sasaran yang bakal diperoleh. Setiap November, saya melakukan hal ini dengan mengambil beberapa waktu untuk berfikir tentang apa yang ingin dicapai di tahun berikutnya. Secara umum, saya mendapati bahawa November adalah masa yang indah untuk melakukan hal ini kerana pada masa inilah hati saya berada didalam keadaan yang agak tenang. Satu waktu yang baik dimana pada masa inilah saya mempunyai banyak masa dengan keluarga. Jadi, saya akan duduk berfikir dan memutuskan apa yang ingin saya capai secara keseluruhan untuk tahun yang akan datang. Kemudian, saya mematahkan tujuan tersebut ke dalam skala yang lebih kecil, lebih mudah dikendalikan bagi target syarikat untuk bulanan, mingguan, dan harian. Jika anda belum pernah meletakan sasaran ataupun target untuk pencapaian syarikat anda sebelum ini, anda akan terkejut melihat betapa ini adalah mudah dan menyenangkan hidup anda. Saya berharap anda juga seperti saya. Jika anda belum merancang matlamat anda untuk tahun ini,gunakan kesempatan ini sebaik-baiknya bagi mempelajari lebih lanjut tentang arah tuju untuk tahun 2010.
Merancang bagi menetapkan sasaran utama syarikat adalah penting bagi Anda.anda juga harus memutuskan dimanakah impian anda selama ini dan kem,anakah arah yang patut ditujui. Adakah anda ingin melipatgandakan penjualan anda? Adakah anda ingin menambah pelanggan baru di tahun depan? Adakah anda ingin membuka kedai online? Ternyata banyak sekali tujuan untuk dipilihkan?Jadi,apakah yang harus dilakukan?
Pertama, buatlah keputusan yang terbaik bagi diri anda dan juga syarikat. Untuk melihat hasil yang nyata, kadang-kadang anda perlu untuk menetapkan semangat sedikit lebih tinggi.
Setelah anda memberikan jawapan, Tanyakan diri anda: mengapa anda memilih jawapan yang demikian?jawab dengan sejujur-jujurnya.

Sebagai contoh, anda mengimpikan untuk membuka beberapa lagi cawangan yang menjual produk kecantikan ,Dan dari masa ke semasa, akan timbul pula rasa ingin menjadi pengeluar sabun memandangkan minat yang mendalam terhadap produk kecantikan. usaha anda tidak akan sia-sia seandainya anda mempunyai keinginan. Jadi tidak mustahil satu hari nanti anda pasti menjadi pengeluar sabun yang terkemuka. Ingat! untuk mencipta sebuah kekuatan yang terus mendorong anda ke depan bukanlah sesuatu yang mudah.


Sekali anda telah mengenalpasti apa yang ingin anda capai, dan mengapa anda ingin mencapai ia, anda perlu mengenalpasti bagaimana Anda akan mencapai matlamat anda, atau alat apa yang akan anda perlukan. Jika, contohnya, anda memutuskan bahawa anda ingin membuka sebuah kedai online, apa yang di perlukan oleh anda untuk melakukan hal ini? Nah, anda harus memiliki sebuah website. Dan, anda akan memerlukan produk pilihan untuk ditawarkan. Anda juga harus membuat penghantaran bekalan, anda juga harus memberi kemudahan penggunaan kad kredit. Dan, bergantung pada seberapa baik penjualan anda lakukan, anda mungkin perlu seseorang untuk menangani semua arahan baru.
Dengan bekerja melalui tiga langkah pertama ini, anda harus mulai dengan melihat rencana anda:
Jika anda berkata,
"Saya ingin membuka kedai online" ( macamana?)
Kemudian anda berkata,
"Untuk ganda jualan saya" ( bagaimana?)
Kemudian sempurnakan persoalan tadi dengan lebih lanjut,
"Aku perlukan website, pilihan produk, penghantaran bekalan, mesin memproses kad kredit, dan pekerja baru" (kenapa?mengapa?bagaimana?)
... Anda mula melihat langkah-langkah seterusnya untuk bertindak!
Kita akan berbicara lebih banyak tentang "tindakan" konsep dalam bahagian seterusnya.
Untuk malam ini, pekerjaan rumah anda sederhana: Jika anda sudah melakukan tujuan anda untuk tahun sudah, memperbaiki mereka. Muncul dengan pertanyaan "mengapa" atau hook emosional belakang tujuan anda. Jika anda belum melakukannya tujuan anda untuk tahun sudah, baca posting dan mula bekerja pada 5 gol untuk tahun. Tuliskan 3 diukur, waktu, berorientasi pada tujuan khusus untuk perniagaan anda dan 2 untuk kehidupan peribadi anda.

Khamis, 25 Februari 2010

Visi anda, ilham kepada orang lain'LANGKAH 5 BISNES 2010'

Menentukan nilai-nilai anda secara semulajadi akan membawa anda ke sebuah visi untuk syarikat anda. Visi boleh menjadi apa yang anda impikan untuk perniagaan yang bermanfaat, baik sekarang maupun di masa depan. Sebagai contoh, anda boleh menentukan visi syarikat anda sebagai berikut:

"Perniagaan saya bertujuan untuk menjadi pembuat sabun terkemuka yang menjamin 100% kepuasan pelanggan dengan tetap menjaga standard tertinggi, perlindungan alam sekitar dalam pembuatan produk-produk kami."

Visi yang anda buat pada akhirnya akan bergantung pada nilai-nilai yang anda pilih. Jadi, rehatkan minda anda dengan keseronokan membayangkan kejayaan yang anda miliki pada masa hadapan.

Memiliki visi untuk syarikat tidak hanya sebagai motivasi dan inspirasi bagi anda, tetapi memberi manfaat kepada orang lain juga. Jika anda mempunyai kakitangan (atau membantu keluarga dan rakan-rakan atau sebagai sukarelawan untuk menyumbangkan tenaga ), sebuah visi yang difahamkan boleh membantu menjaga tenaga, antusiasme dan kualiti. Demikian juga, dengan pelanggan dan pembekal, pernyataan visi boleh memujuk dan meningkatkan reputasi syarikat. Dengan berkongsi visi anda dengan mereka, anda juga dapat membantu mereka untuk merasa seperti sebahagian daripada syarikat anda juga.

Jadi, sementara rancangan perniagaan anda adalah tujuan asas anda, nilai-nilai dan visi ini dapat ditambah itu di ibarat seperti campuran khusus warna dan pewangi yang saya tambahkan kedalam sabun untuk memberikan ciri unik sesebuah sabun.Visi juga dapat membantu anda untuk melalui keputusan mahupun masalah yang sukar di dalam membina sebuah perniagaan. Secara rumusnya mereka ini adalah ilham anda bagi membuat keputusan, atau sesuatu yang bernilai, sesuatu yang paling penting bagi anda! Setelah anda mendapatkan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan,kini sudah waktunya untuk anda meneruskan kerja anda dengan berlandaskan visi yang di cipta bagi memudahkan anda untuk terus Berjaya didalam perniagaan yang anda ceburi. SELAMAT MENCUBA!!